Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Syura Bertudung Terkini

Khamis, 23 Mei 2013

Semakin ayu nampaknya penyanyi Syura apabila mengenakan tudung setelah beberapa tahun yang lalu. Kini kehidupan Syura bersama-sama keluarganya semakin bahagia. Tak usah banyak berleter. Siapa yang setia dengan lagu Syura, pastinya korang merindui kelibatnya.



Leuniey isteri Apek Kini Belajar Pakai Tudung


Wah dengar khabar isteri kepada penjaga gol bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang bernama Leuniey sudah mula memakai tudung atau dalam proses memakai tudung pada dirinya. Alhamdulillah. Gambar dia memakai tudung itu dimuatnaik dari laman sosial Instagram miliknya dengan dilihatkan bersama Apek dengan memberi isyarat 'terbaik'. :)



Gambar Erra Fazira Bertudung Terkini

Cantik sungguh melihat Erra Fazira bertudung. Bahkan bila dia bertudung pastinya ramai yang teruja dan memberikan respon yang positif untuk menginginkan yang Erra akan kekal bertudung. Namun itu semua adalah perlu menjadi satu doa agar Erra bertudung kelak.

Erra ditemui ketika majlis pelancaran Butik Desa Murni Batik di Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini dengan memakai busana dan tudung butik berkenaan. -gambar GUA


Gambar Terbaru Zul, Gayatri - Sudah Jumpa Keluarga

Tak perlu cerita mengenai hubungan cinta diantara Zul Arifin dengan Gayatri Su-Lin Pillai. Semua sudah mengetahui mereka sedang hangat bercinta memandangkan usia menjadi buta apabila cinta bertemu. Tip top usia percintaan mereka kini dah cecah setahun. Boleh tahan juga lamanya.

Difahamkan lagi memetik portal Kosmo semalam, kedua-dua pihak sudah berjumpa keluarga masing-masing dan ini menunjukkan mereka berdua serius dalam menjalinkan hubungan, namun tidak menolak jika disatukan bersama sebagai suami isteri tetapi hanya kini menunggu ibu Gayatri Su-Lin Pillai yang kini dirawat di hospital sembuh dengan segera bagi memberi penghormatan melihat anaknya disatukan di depan mata.

Afiq Muiz Lebih Rela Mati Jika..


Tak berkesudahan nampaknya cerita Afiq Muiz dan ibu kandungnya. Terbaru Afiq dikatakan rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri memetik apa yang disampaikan melalui laman sosial Twitternya. Ayatnya memang cukup berani, bahkan ianya bakal mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Korang nilai kan la sendiri.


Gambar Keluarga Nana Taib, Sein Ruffedge

Rabu, 22 Mei 2013


Bebarapa hari yang lalu pasangan suami isteri Nana Taib dan juga suaminya, Sein Ruffedge yang dahulunya sudah bercerai dan kini bersatu semula (rujuk) telah membuat satu majlis harijadi untuk anak sulung perempuan mereka, suasana memang agak meriah. Wah baguslah lihat sahaja gambar dibawah mereka memang cukup bahagia. -Gambar Instagram Nana Taib








Gambar Lana Nordin, Maya Karin


Dikatakan gambar dibawah adalah gambar terkini Lana Nordin dengan Maya Karin di sebuah majlis yang tidak diketahui dimana dan apakah majlis itu, namun melihatkannya seperti majlis harijadi sebab nampak belon. Hehe. bukan belon yang tu, belon kat majlis tu la. Yang berbaju merah tu untung juga, siap peluk Lana dengan Maya lagi. Adeh.





Fizo Omar Akui Sudah Putus Cinta

Alahai Fizo Omar kini dah putus cinta dengan kekasihnya yang heboh satu masa dahulu sebagai orang yang cantik. Nama bekas kekasihnya itu Haas Jaafar, dan berita Fizo bercinta dengan wanita ini pada bulan Februari yang lalu.

Namun dikhabarkan melalui portal GUA semalam, Fizo mengakui dia sudah putus cinta sejak dua bulan yang lalu. Tak pe, orang kacak, mesti ramai lagi wanita yang menantikan kehadiran mu. Hehe
Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja,”

“Saya bukan tak mahu bercerita apatah lagi merahsiakan perkara ini tapi sekarang saya sibuk dengan penggambaran filem dan banyak perkara lagi. Mungkin ada pihak yang akan mengata kononnya dulu bukan main saya nak menjaja kisah cinta tapi bila putus cinta nak berahsia. Namun saya ingin tegaskan di sini, dari awal lagi saya memang tak berani nak komen lebih-lebih mengenai hubungan ini, sebab masih terlalu awal.

"Ikutkan hati, saya memang tak mahu menjaja kisah cinta sebab saya tahu, kenal setahun pun belum tentu kekal. Saya juga tak nak bercerita sebab hubungan ini tak kukuh lagi dan takut tak kekal. Namun sebab dah terkantoi dengan wartawan, jadi saya kena juga bercerita supaya bila orang jumpa saya di mana-mana, mereka tahu itu kekasih saya. Apapun, nak buat macam mana, dah tak ada jodoh antara kami.”



Gambar Zizan Berjambang Lebat


Wah serius la nampak Zizan Razak kini semakin kacak dan kelihatan nampak matang. Berjambang dan berkumis mengalahkan sarjan misai. Mungkin lupa nak cukur la tu, sibuk kot. Zizan ditemui ketika menjadi duta produk makanan ringan Mamee bersama Datuk Chef Ismail beberapa hari yang lalu. -gambar mStar.



Ibu Afiq Kurang Siuman - Eina Azman

Eina Azman merupakan pelakon dan juga orang yang terdekat dengan pelakon Afiq Muiz mengenai kisah mereka berdua dengan ibu Afiq sebelum ini. Afiq pada mulanya dicop oleh ibunya sebagai anak derhaka manakala Eina pula punca kenapa Afiq berubah.

Namun Eina yang membuat penegasan disini, telah pun menyaman ibu Afiq, Hasliza Mohamad atas dakwaan yang dianggap oleh Eina sebagai satu fitnah terhadap dirinya. Eina yang memberikan tempoh 7 hari itu kepada ibu Afiq menjadi kegagalan, apabila ibu Afiq enggan membuat sebarang permohonan maaf berkenaan malah mahu mencabar.

Tak sudah-sudah kesudahan cerita ini, eloklah mereka buat perhitungan di mahkamah. Kita lihat siapa yang menang dan kalah. Namun tak bermaksud yang menang itu berada di pihak yang benar, besalah mahkamah dunia kan. Hehe.

Ini komen Eina memetik portal SinarHarian semalam:
“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.

“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut...sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,

“Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah,

“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina?

“Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya.

Gambar Azharina Azhar Yang Terkini

Selasa, 21 Mei 2013


Dah lama tak post gambar penyanyi, Azharina Azhar. Last post pun awal tahun 2010. Sekarang dah 3 tahun. Tip top Azharina kini dah banyak berubah dari fesyen rambutnya yang pelbagai. Lihat lah sahaja gambar dibawah ni, membuatkan anda terbeliak dengan fesyenr rambutnya.




Gambar Sosial Farina AF?

Gambar dibawah dikatakan merupakan gambar Farina AF dengan Nabila Huda di sebuah tempat hiburan yang didakwan oleh sebuah portal forum hiburan. Memang rasanya aktiviti tidak 'molek' dilihat memandangkan mereka beragama Islam dan beradat Melayu. Namun tak mengapalah, janganlah hentam mereka, mungkin cuma mahu berhibur sahaja.

Kalau nak hentam pon, bagilah nasihat je ok.




Gambar Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah

Gambar dibawah adalah gambar dua merpati sejoli yang masing-masing masih lagi single dan belum kahwin, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah.

Mereka berdua kini sedang giat dalam menjalani satu bidang perniagaan bersama dengan melahirkan satu album gabungan yang dinamakan 'Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas' yang telah berlangsung tahun lalu. -gambar Ryaniez Moments Photography.








Gambar Dato Siti Nurhaliza di Pelancaran Website

SITI NURHALIZA
Gambar dibawah adalah gambar Dato Siti Nurhaliza yang ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid untuk bersama-sama meraihkan Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza di Sakura Kristal, Taman Melawati

Majlis juga turut dihadiri oleh Zain Saidin dan Awi Rafael. Maklumat lanjut layari.. http://www.simplysiti.com.my | Gambar Budiey

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA