Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Muatnaik gambar kad kahwin, Faye Kusairi nak kahwin?

Jumaat, 31 Mac 2017


Faye Kusairi telah dikenali ramai akibat kontroversi dikaitkan dengan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta. Baru-baru ini, Faye telah memuat naik gambar kad jemputan perkahwinan di akaun Instagram.

Walau bagaimanapun, gambar yang menunjukkan ibu bapanya yang sedang menyusun kad jemputan itu dianggap sebagai salah faham peminat sahaja.

Hotel milik Mila Jirin di sita?

Mila Jirin menafikan tuduhan hotel miliknya disita, malah menjelaskan dia belum mempunyai perniagaan perhotelan di Kuala Lumpur.

Mila berkata hotel berkenaan merupakan milik individu lain yang turut beroperasi di kawasan yang sama dengan perniagaan restorannya terletak di Puchong dekat sini.

"Itu bukan hotel saya, ia kepunyaan seorang ahli perniagaan yang beroperasi di kawasan sama dengan restoran saya.

"Ia mungkin menggunakan nama yang hampir sama dengan perniagaan saya iaitu 'Bizz' kerana kawasan perniagaan tersebut juga bernama Bizz Hub,"

"Buat masa ini bisnes saya ialah Restoran Embun Urai Thai Seefood, Bizmila Trading yang memasarkan baju kurung, Bizmilla NZ Beauty dan Bizmilla Catering yang merupakan perniagaan utama kami dalam hal menguruskan perkahwinan.

"Alhamdulillah sudah empat tahun beroperasi dan kini memiliki lima buah dewan sendiri bawah nama Bizmilla Catering," ujarnya kepada mStar.

Mila Jirin mengulas tentang foto-foto sebuah hotel yang telah disita tersebar di internet yang dikatakan miliknya.

Sekitar baby shower Syatilla Melvin, Shaheizy Sam (27 gambar)

Sekitar pernikahan Nora Danish-Nedim (16 gambar)



Selepas tiga tahun menyulam cinta pasangan sensasi Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya bergelar suami-isteri dengan dua kali lafaz pada malam Khamis.

Pasangan itu disatukan pada sebuah majlis tertutup kira-kira pukul 8.37 malam di Glasshouse at Seputeh.

Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 36, dan Nedim dinikahkan oleh jurunikah Khairul Asyraf Ahmad dan pengantin perempuan turut menerima mas kahwin berjumlah RM300 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Nora kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih daripada koleksinya sendiri iaitu Owl By ND.

Pernikahan mereka turut disaksikan oleh kaum keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Nora berkata, majlisnya itu diadakan secara sederhana selain bersifat peribadi buat dirinya dan suami. -mStarOnline

Amboi Hajjah, Ketatnya!

Khamis, 30 Mac 2017



Semalam telah berlangsung Sidang Media Anugerah Meletop Era 2017 yang menyaksikan kehadiran Johan yang bakal bergandingan dengan Nabil dan Neelofa pada anugerah tersebut. Tapi katanya ramai yang kurang senang dengan penampilan Neelofa pada majlis tersebut. Dakwa mereka seluar yang dipakai Neelofa terlalu ketat, tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung dan bergelar Hajjah.

Ummi Nazeera gaduh manja dengan tunangnya, si Doktor..

Lucu juga apabila pelakon Ummi Nazeera, 26, mendedahkan berlaku pertengkaran kecil dengan tunangnya, Dr. Izzar atau lebih dikenali dengan nama Mr. I gara-gara berselisih faham ketika memilih destinasi bulan madu mereka.

"Sejak akhir-akhir ini, kami sering pula bergaduh salah satunya berkenaan destinasi bulan madu. Tapi kami gaduh-gaduh manja saja dan tidak berpanjangan pun.

"Sebenarnya saya teringin mahu ke Istanbul, Turki. Dia pula mahu ke Switzerland.

"Saya tak mahu ke Switzerland kerana saya sudah ke sana dulu. Namun dia beri alasan mahu tunjukkan saya tempat yang sangat cantik dan menarik di sana nanti," katanya kepada Astro Gempak.

Harris Baba kongsi gambar anak sulungnya, 2 bulan..

Selepas hampir dua bulan dilahirkan, penyanyi berasal dari Singapura, Harris Baba akhirnya berkongsi gambar puteri kesayangan, Aleena Ziya Khawaja melalui laman Instagram. Aleena yang lahir pada 10 Februari lalu adalah lambang cinta Harris bersama isterinya, Nik Naziha Zawawi.

SnapChat: Mira Filzah terkedu dengar jawapan 'kaw' dari Zizan Razak

Rabu, 29 Mac 2017


Diserang ibu artis terkenal, Zarina Anjoulie buat laporan Polis

Zarina Anjoulie Mohd Fahizul, 31, membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal pada 23 Mac lalu selepas diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.

Zarina ketika dihubungi berkata, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.

"Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.

"Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik,"

"Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.

"Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan pada jam 7.39 petang semalam memetik portal HarianMetro

Sekitar majlis hari jadi Fasha Sandha ke-33 (14 gambar HD)

Punca meninggal dunia anak angkat ke-2 Azharina (video)


Anak angkat kedua penyanyi Azharina Azhar iaitu Rizqie Azharin Azhar yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit gagal diselamatkan dan meninggal dunia pada Selasa.

Adik Rizqie Azharin yang berusia hampir sebulan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi.



Kanak-kanak itu dimasukkan di hospital berkenaan pada malam Ahad lalu selepas diserang demam panas dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya kritikal.

Azharina berkata, anak angkatnya itu mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua buah pinggang.

Jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 14 Puchong dekat sini selepas solat Asar pada Selasa.

Selain Rizkie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun.

Amy Mastura, Suria FM didenda RM10,000 sebab....

Selasa, 28 Mac 2017

Dengar khabar yang penyanyi Amy Mastura dan Suria FM didenda hampir RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) akibat menyampaikan perkataan yang kurang sopan ketika keudara radio berkenaan.

Akhbar tempatan memberitahu denda tersebut sudah pun dijelaskan pada 23 Februari lalu oleh pihak Suria FM.

Pengurus besar program Suria FM, Subarma Mokhtaruddin berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Denda ini dibuat ketika Amy Mastura ketika itu menjadi kaki latah telah mencarut dalam program ‘Suria Pagi’ secara langsung 7 Disember tahun lalu.

ketika itu difahamkan ada penyampai yang mengusik Amy, lalu Amy Mastura pun melatah sehingga terkeluarlah ayat, “Oh p****** kau meletup, p***, p****** hantu.”

Nora, Nedim sah nikah 30 Mac ini?

Dengar khabar yang pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri bakal bernikah pada 30 Mac ini. Majlis pernikahan yang bertemakan tradisional itu akan diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Nora yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Putera Rayqal, dilaporkan akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut diadakan. -gambar portal Utusan

Kejutan Norman Hakim buat harijadi ke-29 Memey (24 gambar)


Raja Afiq kurang ajar! - Razaisyam Rashid

"Saya tak pernah jumpa lagi pelakon yang kurang ajar macam dia." kata pengarah, Razaisyam Rashid yang kecewa dengan tindakan pelakon Raja Afiq meninggalkan lokasi penggambaran drama Ketupat Rendang Brownies Coklat tanpa sebarang sebab, semalam.

Razaisyam berasa terkejut dengan tindakan pelakon baru itu yang dianggap sebagai kurang ajar.
"Sepanjang 10 tahun menjadi pengarah, ini kali pertama saya berdepan situasi sebegini. Sebelum ini saya pernah mengarah pelakon hebat yang memenangi anugerah, tapi mereka okey saja. Tidak ada pula yang buat perangai dan mendatangkan masalah di lokasi.

"Dia sebagai orang baru dalam industri pula sudah berani menunjukkan sikap begitu. Bukan sahaja dengan saya tetapi juga di depan kru dan pelakon senior lain. Dia sepatutnya berasa malu dengan tindakan itu,

"Dia mempersoalkan kenapa perlu melakonkan dua babak kerana mengikut pengetahuannya hanya satu babak. Bagi saya itu tak masuk akal kerana pihak produksi sudah memaklumkan perkara ini lebih awal.

"Kalau memang dia tak mahu terbabit dalam drama ini, kenapa dari awal bersetuju? Seperkara lagi, kalau betul setakat satu babak lebih baik saya menggunakan khidmat pelakon lain,” katanya.
Sementara itu, Raja Afiq menafikan dakwaan Razaisyam dia sengaja meninggalkan lokasi penggambaran.
"Saya ralat dengan cerita yang tersebar ini. Dalam drama itu, saya hanya buat kemunculan istimewa dalam satu babak.

"Sudah tentu saya terkejut apabila pihak produksi minta saya menjayakan satu lagi babak tambahan sedangkan pengurus memaklumkan hanya satu babak sahaja,

"Saya kecil hati apabila dimarahi walhal bertanya secara baik.

"Justeru, selepas babak selesai saya terus meninggalkan lokasi itu kerana mereka yang tidak profesional,” katanya.
-sumber HarianMetro

Fasha Sandha mohon mahkamah halang bekas suami dari menganggu

Fasha Sandha memfailkan perintah injuksi bagi menghalang bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai daripada terus mengganggu privasinya.

Menerusi permohonan itu, Fasha selaku pemohon memohon Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Isnin semalam menghalang responden daripada mengganggunya secara percakapan, termasuk mesej melalui SMS, aplikasi Whatsapp atau di laman sosial serta merta.

Selain itu, pemohon juga ingin mendapat perintah mahkamah supaya menghalang responden daripada menceroboh privasinya sama ada secara bersendirian, ditemani keluarga atau rakan-rakan.

Bagaimanapun mahkamah menolak untuk mendengar permohonan injuksi pencegahan secara ex-parte (sebelah pihak) yang dibuat pelakon itu.

Hakim Syarie, Muhammad Abdul Karim Wahab sebaliknya memerintahkan kes itu didengar dengan kehadiran dua belah pihak bagi membolehkan Jejai menjawab sendiri tuduhan yang dibuat terhadapnya.

"Walaupun mahkamah berpuas hati dengan afidavit yang difailkan pemohon namun adalah lebih adil mahkamah memberi peluang kepada responden sendiri untuk menjawab semua dakwaan," katanya kepada mStarOnline.

Sekitar pertunangan Nina Nadira AF (12 gambar HD)

Isnin, 27 Mac 2017


Pertemuan ketika menuntut di Melbourne, Australia, tahun lalu, akhirnya memutikkan cinta dan jodoh antara bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira dan Ahmad Farhan Rusman.

Nina dan Ahmad Farhan, seorang arkitek, bertunang di kediaman keluarga Nina, di Kuala Lumpur, semalam. Pasangan masing-masing berusia 25 tahun itu dijangka bernikah, akhir Julai depan.

Berita pertunangan itu turut dikongsi Nina di laman Instagram miliknya. Majlis itu dihadiri kira-kira 120 tetamu. -BharianOnline

Nakal juga Rosyam Nor cuba mengorat Neelofa

Bukan main lagi dua juri program realiti MaharajaLawak Mega 2017 ni bila bersama. Tengok Dato' Rosyam Nor, menyakat Neelofa di sebalik tadbir program realiti berkenaan.

Neelofa, Fattah bakal berlakon lagi dalam drama....

Jeng jeng, akhirnya Neelofa dan Fattah Amin bakal digandingkan lagi untuk telefilem khas berjudul Suri Hati Mr Pilot. Mereka berdua sendiri mengesahkan hal itu ketika acara Throwbaek Drama di NU Sentral semalam.

"Saya buat ini (berlakon lagi dengan Fattah) demi peminat yang tak putus-putus berharap supaya dapat melihat gandingan kami berterusan.

"Bagaimanapun, SHMP kali ini bukan dalam format drama tetapi telefilem khas raya. Penggambaran akan bermula pada 9 hingga 16 April hadapan," katanya kepada BH Online.

Fasha Sandha bercinta dengan 'jejaka' ini?

Dengar cerita, Fasha Sandha kini sedang rapat dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya sejak 6 bulan yang lalu. Dua anak Fasha juga pernah berjumpa dengan jejaka berkenaan untuk diperkenalkan.

"Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari. Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak.

Namun, saya belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kerana belum dia belum menjadi teman istimewa lagi. Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius.

Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak.

Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikelilingi ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya." kata Fasha memetik HarianMetro

Isu pegang tangan, Uqasha Senrose mohon maaf...

Isu pengang tangan di suatu majlis diantara Uqasha Senrose dengan Shah Iskandar telah mengemparkan banyak pemerhati orang ramai mengenai kedua-dua pelakon ini.

Namun Uqasha semalam mengakui sudah mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada isteri Shah.
"Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia.

"Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami," ujarnya kepada mStar Online.

Redza Minhat timang anak ke-2 (gambar baby)

Ahad, 26 Mac 2017

Dengar berita yang Redza Minhat telah menimang cahaya mata ke-2. Melalui laman sosial miliknya, Redza mengumumkan berita itu. Dengan meletakkan gambar anak ke-duanya itu.

Nama anak itu diberi nama Kurnia Amelie (mungkin berjantina perempuan)

Dato Seri Vida meratap hiba pemergian suami Nora?


Dato Seri Vida semalam muatnaik video dimana dia telah komen mengenai kematian komposer hebat Johan Nawawi. Persoalannya perlu ke muat naik video seperti ini? Meratap hiba, tapi tak pergi ziarah Nora depan-depan ke?

Abby Abadi disahkan hamil

Abby Abadi mengumumkan dia sedang hamil hasil perkahwinan terbaharunya dengan Muhammad Faizal Zakari. Abby berkata, pada mulanya risau untuk berkongsi berita gembira itu memandangkan usia kandungannya masih lagi baharu, namun mengambilnya sebagai perkara yang positif.

"Alhamdulillah, syukur. Banyak kali saya berfikir sama ada mahu berkongsi atau tidak kerana bimbang jika terjadi apa-apa kerana kandungan masih baharu.

"Selepas berbincang dengan suami, kami bersedia berkongsi berita gembira ini. Saya tidak mahu berfikir yang negatif dan berharap keinginan untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan, insya-Allah," katanya.

"Saya mengharapkan doa orang ramai supaya dapat melalui tempoh hamil ini dalam keadaan sihat. Tidak mengapa jika lelaki atau perempuan, asalkan sihat walafiat. Dapat seorang pun Alhamdulillah, tetapi kalau dapat kembar dua atau tiga lagi okay.

"Apapun, doakan kandungan saya kali ini dapat melihat dunia. Sudah lama tidak 'membawa' perut, jadi saya mohon doa semua," katanya kepada BharianOnline.

Walaupun kandungannya baru mencecah usia sebulan, namun dirinya dapat menjangka anak yang bakal dilahirkan itu lelaki. Suaminya pula bagaimanapun, berharap mereka dikurniakan anak perempuan. Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015. Abby pernah keguguran ketika menunaikan ibadah umrah bersama suaminya pada tahun lalu.

Battle menyanyi Jamal Abdillah vs anaknya (video)

Jumaat, 24 Mac 2017

Hadiah istimewa Aleesya sempena harijadi ke-8 tahun (4 gambar)

Erra fazira dan bekas suaminya, Engku Emran baru-baru ini ada menempah sebuah roadbike yang siap custom paint berwarna merah jambu (pink) untuk hadiah ulang tahun anak sulung mereka, Engku Aleesya yang diadakan tidak lama lagi. (gambar atas ulangtahun Aleesya pada 2015)

4 gambar terkini anak perempuan Adira, Anggrek

Adi Putra sahkan cerai kedua-dua isterinya?

Tanda tanya mengenai status rumah tangga Adi Putra dengan isterinya terjawab apabila mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan dua isterinya itu.

Kenyataan Adi itu dibuat kepada pihak media menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Terdahulu Adi dilaporkan memfailkan perceraiannya terhadap Aida atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 42, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.

Mereka berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurnaiakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.

Aida pula sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).

Dalam pada itu kes permohonan cerai yang buat Adi akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 31 Mac ini, pukul 9 pagi. -mStarOnline

Ziana Zain dedah kenapa tidak mahu berlakon lagi...

Khamis, 23 Mac 2017

Memetik portal MediaHiburan, Ziana Zain difahamkan tidak lagi akan berlakon. Datuk Yusof Haslam juga pernah menawarkan Ziana untuk berlakon namun Ziana memberikan alasan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga, perniagaan dan nyanyiannya.
“Anak-anak sedang membesar, menuju ke fasa remaja yang kita semua tahu, menjaga anak meningkat remaja ini bukan mudah. Jadinya, komitmen terhadap dunia seni, terpaksa dikurangkan demi memberi perhatian pada keluarga.

“Tawaran berlakon itu ada, termasuklah daripada Datuk Yusof Haslam sendiri, tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik kerana takut tidak boleh memberi komitmen.

“Saya mahu melihat anak-anak membesar di depan mata. Lalu, saya perlu pantau apa yang mereka buat, contohnya dalam soal melibatkan media sosial.

“Anak-anak tidak minat main dan tidak ada akaun Instagram, FB dan sebagainya. Cuma mereka main games atas talian saja. Itu pun, saya tanya juga permainan apa yang mereka mainkan. Bimbang nanti mereka buat yang bukan-bukan," jelas Ziana

Isteri Hazama mengandung di luar rahim...

Isteri kepada Hazama, Genervie Kam terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam, apabila disahkan mengandung di luar rahim.

Genervie mengadu sakit perut sejak kira-kira dua minggu lalu dan selepas pemeriksaan dibuat, wanita itu disahkan hamil di luar rahim. Doktor turut menasihatkan isterinya segera menjalani pembedahan agar tiada sebarang komplikasi lain berlaku.

"Ketika Genervie ke hospital bersama ibunya, saya tidak dapat ikut bersama kerana sibuk menguruskan dua protege saya (Usop dan Balqis) untuk program Mentor Milenia.

"Kemudian dia menghubungi saya untuk memaklumkan, sakit itu disebabkan dirinya sedang berbadan dua. Tidak lama selepas itu, isteri sekali lagi menghubungi saya untuk memberitahu dirinya hamil di luar rahim dan doktor menasihatkannya untuk segera dibedah.

"Selain janin, tiub fallopio pada bahagian kiri juga dibuang. Syukur alhamdulillah, mujur dirinya selamat," kata Hazama kepada BharianOnline

Sekitar pertunangan Hafiz Hamidun, Joy Revfa (10 gambar HD & video)

Hafiz Hamidun selamat mengikat tali pertunangan dengan pengasas kosmetik, Joy Revfa dalam satu majlis khas di sini kira-kira pukul 3.20 petang Rabu.

Ibu Hafiz, Laila Sarji, 54, menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Joy yang kelihatan anggun mengenakan busana berwarna peach (kuning kemerah-merahan).

Hafiz, 33, yang memakai baju Melayu daripada rona yang sama menyerahkan lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran kepada Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin.

Menurut Hafiz, dia dan Joy, 30, akan melangsungkan majlis pernikahan pada 1 Mei depan bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. -mStarOnline

Ini dia wajah bapa Nur Sajat - keturunan Bugis!

Rabu, 22 Mac 2017


Kecik Hyperact mengaku bersalah pukul teman wanita

Bekas Vokalis baharu utama kumpulan Hyper Act, Kecik di perintah oleh Mahkamah Majistret Selayang semalam, membayar kompaun sebanyak RM200 kepada kekasihnya atas kesalahan mencederakan wanita itu dua minggu lalu.

Kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan secara bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, ketika kes itu didakwa.

Selepas pertuduhan dibacakan Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Fauzi Kamaruddin,23, mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan cedera ke atas Farah Nurizzati Salleh, 25, pukul 7.13 malam pada 12 Mac lalu.

Dia yang sebelum itu memakai topeng muka bagi mengelak wajahnya dirakam melakukan kesalahan itu di sebuah tempat di Batu 6 3/4, Kampung Changkat Gombak.

Sementara itu ketika prosiding mangsa yang berbaju kurung berbunga merah bersetuju untuk kes ini diselesaikan dengan kompaun dengan meminta sebanyak RM200.

Tertuduh yang berada dalam kandang mahkamah bersetuju dengan jumlah itu dan kemudian membayar kompaun itu. -Kosmo!

Saya tiada masalah dengan Rita Rudaini - Che Ta

Kontroversi melibatkan seorang selebriti janda yang dikatakan menganggu rumahtangga, Aqasha yang mendapat perhatian Rozita Che Wan @CHe Ta minggu lalu (artikel) melalui komen Che Ta di laman sosial Instagram miliknya

Walaupun tidak dinyatakan oleh Baizura (isteri Aqasha), namun ramai beranggapan orang itu adalah Rita Rudaini, Che Ta juga turut meninggalkan komen di laman Instagram Baizura dan menggunakan perkataan betina terhadap orang ketiga itu.

Memetik MediaHiburan, Che Ta menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Rita sehingga mendorongnya memanggil dengan gelaran betina.
"Cerita sebenarnya begini, ada orang tagged nama saya di situ dan bila saya baca luahannya, saya simpati kerana saya juga seorang wanita, isteri dan ibu.

"Saya juga tidak mengenali Baizura secara rapat dan komen itu ditinggalkan secara rambang atas dasar simpati.

"Tapi bila saya tahu hujung pangkal cerita yang berlaku, saya rasa agak terkejut!.

"Lagipun saya tak pernah jumpa Rita atau bekerja dengannya. Jadi tidak ada sebab untuk saya menujukan komen sebegitu kepadanya,"

"Saya serik! Selepas ini saya akan pastikan kronologi cerita sebelum meninggalkan komen. Saya rasa perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," jelas Che Ta

Filem 'gay' tetap ditayangkan pada 30 Mac ini..


Filem Disney 'Beauty and the Beast' akhirnya akan ditayangkan tanpa sebarang potongan pada 30 Mac ini.

Menurut sumber dalaman, filem itu telah diluluskan untuk tayangan di Malaysia dan diletakkan di bawah Klafisikasi PG13 (Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan melainkan ditemani oleh seorang dewasa) tanpa sebarang pemotongan.

GSC turut memuatnaik status di laman Twitternya bahawa filem itu akan ditayangkan bermula 30 Mac tanpa sebarang potongan.

Filem 'Beauty and the Beast' mencetus kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon berkata, karektor LeFou yang dimainkan Josh Gad merupakan "nice exclusively gay moment” dalam filem itu.

Adaptasi klasik Disney itu sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac tetapi ditangguhkan selepas pihak berkuasa mahu mengeluarkan adegan gay dalam filem itu. -mStarOnline

Top 5 selebriti cemerlang SPM

Selasa, 21 Mac 2017

NEELOFA

Keputusan SPM: 10A
Tahun: 2006


Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Nor, merupakan seorang pelajar cemerlang sejak dari sekolah rendah lagi. Beliau mendapat keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR dan menyambung pendidikan ke peringkat menengah di sekolah MRSM Langkawi dan keputusan 10A dalam SPM. Selepas itu dia melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Universiti Sunway dalam jurusan, Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran.


MIRA FILZAH

Keputusan: 8A
Tahun: 2010


Pelakon dan pengacara, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman merupakan antara bekas pelajar cemerlang di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu 8A. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya di dalam jurusan perniagaan di Universiti Teknologi MARA.


EZLISA LOY

Keputusan: 7A, 2B
Tahun: 2013


Ezlisa Loy, 21, adik kepada pelakon wanita popular Elfira Loy ini merupakan bekas pelajar di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras. Beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya dan keputusan SPM yang diperolehinya juga sangat memberangsangkan. Kini Ezlisa sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat universiti.


SOO WINCI
Keputusan: 7A, 2B

Tahun: 2002


Bekas pelajar sekolah SMK Damansara Utama, Soo Winci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Beliau juga telah menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.


JANNA NICK
Keputusan: 6A, 2B

Tahun: 2013


Nurul Jannah binti Muner atau lebih dikenali dengan nama Janna Nick merupakan seorang pelakon wanita yang kian meningkat naik dalam industri seni. Bukan sahaja cemerlang di dalam bidang lakonan namun Janna juga merupakan pelajar cemerlang ketika di bangku persekolahan. Janna adalah bekas pelajar MRSM Pendang dan memperoleh keputusan SPM, 6A 2B.

Johan, Zizan berhibur di dalam kereta.. (video)

Bahagia betul lihat pasangan pelawak Johan dengan Ozlyn ni kan. Ditambah pula kehadiran Zizan, rakan akrab Johan yang sekali sekala bersama dengan keluarga Johan. Jom layan.

Hidup Ungku Hariz ditanggung oleh isterinya, Jihan Muse?

Ungku Hariz berasa terkilan apabila ada pihak melemparkan fitnah kononnya kehidupan dia ditanggung oleh isterinya yang juga pengacara dan pelawak, Jihan Muse.

Ungku Hariz, 32, bagaimanapun merasakan tidak perlu untuknya mempertahankan diri kerana dia tahu sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik terhadap isterinya itu.

"Saya manusia biasa dan tidak dapat lari daripada berasa terguris apabila mendengar gosip itu.

"Memang saya terkejut apabila ada orang kata hidup saya ditanggung isteri walaupun ia tidak benar.

"Pun begitu baik saya atau Jihan kami lebih tahu dan tidak perlu saya war-warkan apa yang saya sudah lakukan untuk isteri dan rumah tangga kami,

"Faktor Jihan lebih menonjol mungkin menjadi faktor tetapi itu bukan satu masalah kepada saya kerana itu adalah rezeki isteri saya.

"Tetapi Alhamdulillah kami saling memberi semangat kerana sebelum berkahwin pun saya dan Jihan sudah berkawan lama dan tahu permulaan kami di mana," katanya kepada mStar Online.

Pemilik nama sebenar Ungku Hariz Faizal dan Jihan mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu.

Nazim Othman hot kat Majalah Mangga 2010 (3 gambar)


Ni lah gambar Nazim Othman kat majalah Mangga Januari2010, dekat cover majalah berkenaan ada gambar pelakon hot Nazim Othman yang seksi meksi dengan caption ‘Rahsia badan cantik Nazim Othman’.

Rasanya masa ni Nazim baru lagi dalam dunia anak seni dan belum dikenali ramai. Tapi rasanya berkesan la dia ‘mandi bunga’ kat dalam Mangga. Dan tip top sekarang dah popular. -Gambar Forum Cari

Shahida beri jawapan MENGEJUTKAN tentang isu poligami Aliff Syukri

Isnin, 20 Mac 2017

Ahmad Idham terima bantuan RM100,000

Menerusi laman Instagram pengarah terkenal iaitu Ahmad Idham telah memuat naik gambar screen shot akaun Twitter miliknya.

Difahamkan Idham menerima peruntukan untuk syarikatnya Eden Firdaus Centre, yang menempatkan anak-anak kurang keupayaan (OKU) sebanyak RM100 ribu dalam bentuk cek.

Video luahan mangsa penipuan hampir RM1 juta Dato Hattan?

Seorang yang bernama Noor Maszura tampil membongkarkan penipuan Dato hattan sehingga dirinya dan suami bankrup selama 15 tahun. dia meluahkan segala apa yang terbuku dalam hati dalam sebuah video yang berdurasi 20 minit.

Adi Putra bakal ceraikan isteri pertamanya..

Memetik portal mStarOnline, Adi Putra telah memafailkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Aida Yusof. Pendaftaran itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur dekat sini pada 3 Mac lalu.

Dikhabarkan kes berkenaan akan disebut dalam masa terdekat.

Adi berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof, 42, pada 14 April 2006.

Mereka tidak dikurniakan anak apabila Aida sering kali mengalami keguguran namun mempunyai seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Dira Abu zahar sah bercerai kali ke-2

Ahad, 19 Mac 2017

Dira Abu Zahar berkata status ibu tunggal yang dilalui buat kali kedua langsung tidak memberikan tekanan atau kesulitan dalam kehidupannya kini.

Malah, rutin seharian sama ada untuk urusan peribadi atau kerja berjalan lancar seperti sedia kala.

"Rasanya tiada apa nak ulas lanjut tentang perceraian saya. Semua pun sudah tahu. Malah, kami pun berpisah secara baik, tidak bergaduh atau bermusuhan.

"Saya masih kekal bersahabat baik dengan bekas suami (pengarah Helmi Yusof). Malah, hubungan saya dengan bekas suami pertama (Ash Bau) pun baik. Jadi kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil.

"Saya okey saja sebab Anggun (anak) mempunyai dua bapa. Buat masa ini saya selesa dan senang dengan kehidupan solo ini dan hanya perlu fokus pada anak dan kerja," katanya kepada mStar Online.

Dira atau Khaidirah Abu Zahar bercerai dengan pengarah filem Bikers Kental (2013) selepas Aidilfitri tahun lalu difahamkan berpunca daripada konflik dalaman yang berpanjangan membabitkan penajaan filem tersebut. Pasangan yang diijab kabulkan pada 11 November 2011 itu tidak dikurniakan anak.

Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau iaitu Ash atau Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid pada 2007 sehingga 2010 dan memiliki seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafriz-Rullah yang kini berusia sembilan tahun.

Ucapan istimewa Aliff Aziz untuk isterinya yang hamil.. (4 gambar)

Sabtu, 18 Mac 2017



Untuk makluman pelakon, Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah akan bakal bergelar ibu dan bapa tak lama lagi. baru-baru ini Aliff ada berkongsi status istimewa berserta sekeping gambar bersempena hari jadi Bella yang ke 23 tahun.

Zarina Anjoulie sah bercerai?

Selepas dihimpit pelbagai persoalan tentang suaminya yang tidak pernah lagi bersama beliau, pelakon Zarina Anjoulie akhirnya mengesahkan beliau sudah berpisah dengan Pengiran Mohd Ilham Syazwan seorang warganegara Brunei pada 18 Disember 2016 secara baik, kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

Sekitar majlis akikah anak Yatt Amzah (36 gambar)

Jumaat, 17 Mac 2017

Ayda Jebat, Redza Rosli tengah bercinta? (2 gambar mesra)



Ayda Jebat yang kini dikaitkan dengan pelakon Redza Rosli mengaku bersikap terbuka jika ditakdirkan menjalin hubungan cinta dengan pemuda itu pada masa akan datang.

Ayda berkata, walaupun pada waktu ini mereka sekadar teman rapat kerana sedang menjalani penggambaran bersama dalam siri Ku Kirim Cinta, dia mengakui selesa berkawan dengan aktor itu.

Inilah gambar Hafiz Hamidun bersama bakal isterinya..



Hafiz Hamidun bakal mengumumkan lebih terperinci mengenai majlis perkahwinan itu nanti dalam satu majlis pertunangan dan sidang akhbar yang akan diadakan pada 22 Mac ini di Seksyen 15, Shah Alam.

Namun ramai yang tertanya apabila nama yang tertera pada kad undangan adalah Joy Revfa dan bukan Siti Arifah Amin.

Menurut Hafiz, Joy Revfa merupakan nama komersial sebaliknya nama sebenar adalah Siti Arifah Amin, 29 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal. -MediaHiburan

Lana Nordin, suami samseng jalan raya? (Gambar PANAS)