Video seks, serupa dengan saya, TAPI.... - Eyka Farhana

Pada: Khamis, 28 September 2017

Pelakon Eyka Farhana berasa cukup geram dan berang apabila dia dikatikan dengan video lucah yang dikongsi menerusi laman sosial sejak Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 views.

Eyka menyedari kehadiran video berkenaan melalui rakannya yang memberitahunya.


"Itu bukan saya... saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.

"Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain. Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,"

"Saya masih waras daripada terfikir buat perkara tidak bermaruah seperti itu. Lebih menyedihkan ia ditimbulkan ketika saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak,"

"Saya ambil berat tetang isu ini kerana ia melibatkan maruah saya dan keluarga. Petang nanti saya dan pihak pengurusan Mind Order akan membuat laporan polis.

"Saya harap individu tersebut keluarkan video itu atau membuang nama saya pada rakaman yang dimuat naik itu," ujarnya memetik mStarOnline.

Tag : , , , , ,