Ucapan simpati Alicia Amin kepada tragedi Tahfiz dikecam!

Pada: Isnin, 18 September 2017

Pelakon dan model, Alicia Amin dikecam lagi gara-gara kapsyennya di Instagram yang disangka tidak mengetahui sensitiviti kemalangan pelajar tahfiz yang terkorban beberapa hari lalu.

Alicia ada memuat naik gambar pelajar tahfiz yang terkorban dengan luahan yang cukup menyentuh hati tanda simpatinya kepada mangsa.

Tulisnya, "My heart goes out to the families who lost their loved ones. We need to do better to protect the children. Schools should not be a fire hazard. RIP"

Nitizen cukup berang kerana perkataan RIP adalah tidak sesuai digunakan di sini memandangkan yang meninggal dunia adalah beragama Islam.


"I tolerate a lot of things but not this. Do not bring disrespect here. People have lost their children. My intention is to wish them peace. Open you heart and mind please." jelas Alicia yang enggan ucapannya disalah ertikan
Rasanya bukan sengaja dia mahu mencetuskan perbalahan dan niatnya cuma untuk berkongsi kesedihan dan berdoa yang baik-baik sahaja untuk mangsa dan keluarga.


Tag : , , , , , ,