Neelofa takkan buka tudungnya..

Pada: Jumaat, 29 September 2017

Neelofa menegaskan sesekali takkan membuka hijab/tudung walaupun dihujani pelbagai kritikan dan kecaman berikutan penampilannya ketika berada di Itali, baru-baru ini.

Neelofa tahu menjaga batas penampilan agar tidak tersasar daripada imej wanita bertudung.

"Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya.

"Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan 'inner' (pakaian dalam) bersama jeans itu. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan,

"Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal memakainya dulu.

"Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York," katanya memetik BharianOnline.

Tag : , , ,