Kehidupan Amelina terkini yang mengejutkan!

Pada: Selasa, 19 September 2017
Bagi yang mengenali penyanyi dangdut terkenal tempatan, Amelina, mungkin sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai kehidupannya kini.

Dengar khabar Amelina tidak mampu untuk menampung keluarga dan melalui kehidupan yang susah sejak bergelar ibu tunggal. Namun memetik portal mStarOnline, dia menafikan hal itu.

Sebaliknya, dia menerima banyak tawaran persembahan menyanyi dan mampu untuk menampung enam orang anaknya (Putera Al'affiq, 15, Putera Al'asyraff, 14, Putera Al'arffa, 10, Putera Al'amzarr, 8, Puteri Nur'athirah, 16, dan Puteri Nur'aisyurrah, 12.

"Apa yang saya perjuangkan sekarang adalah untuk mencari rezeki untuk anak-anak. Bukan disebabkan saya hidup susah.

"Kalau sebelum saya kembali aktif dalam dunia nyanyian memang tidak dinafikan saya perlu bekerja keras sebab kehidupan saya susah.

"Alhamdulillah bila kita melakukan sesuatu dengan niat yang betul, Allah membukakan rezeki dan diterima semua pihak termasuk media dan peminat,

"Saya dah pernah lalui kesusahan itu tapi sekarang semuanya sudah stabil. Sebagai ibu, apabila ada tanggungjawab kita rasa dah lakukan sesuatu yang berjaya.

"Anak-anak pun semuanya baik-baik. Sekarang ini rezeki sentiasa ada," -kata Amelina

Tag : , , , , ,