Isteri dan Shahrol bergaduh?

Pada: Jumaat, 22 September 2017
Isteri pelawak Shahrol (Shiro) iaitu Nor Farhanah Syamimi menjelaskan kenyataan dan luahan marah yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Rabu bukan ditujukan kepada suami.

Sebaliknya, Nor Farhana atau lebih dikenali sebagai Anna Danisha berkata, status itu ditujukan khas kepada rakan-rakan perempuannya.


"Tak ada apalah, kenyataan itu kepada rakan-rakan perempuan saya sahaja. Kami baik-baik sahaja, tak ada gaduh pun laki bini," ujar Farhana.

Dan ini pula komen Shahrol..
"Mana ada dia marah, dia ada kat sebelah saya ni. Apa yang dia tulis di laman sosial tu melawak sahaja tiada kaitan pun dengan hal rumah tangga," ujar Shiro kepada mStar Online.

Tag : , , , , ,