Elly Mazlein beri kejutan untuk ayahnya.. rupanya...

Pada: Selasa, 12 September 2017
Bukan main lagi penyanyi Elly Mazlein membuat kejutan kepada ayahnya tersayang, dengar berita dari HarianMetro yang dia telah menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 yang dianggarkan bernilai sekitar RM200,000.

Elly berkata, hadiah itu bakal diberikan selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober ini.


"Apa yang saya lakukan ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan abah selama ini. Sebagai anak saya tak mampu nak membalas jasa dan titik peluhnya.

"Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu. Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki," katanya kepada Harian Metro.

A post shared by ๐ŸŽ€ELSefhia ๐ŸŽ€ (@iamellymazlein) on

Tag : , , , , , ,