Chef Wan mengamuk tengok gambar ini!

Pada: Rabu, 13 September 2017

Baru-baru ini Chef Wan tampil untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang editor sebuah majalah tempatan. Ini disebabkan wajah cucu perempuannya disolek dengan tebal sekali ketika menjalani sesi penggambaran untuk dijadikan penghias muka hadapan majalah itu.

Chef Wan nampaknya memang tidak suka langsung jika kanak-kanak kecil dirias secara berlebihan. Lebih-lebih lagi jika mengenakan gincu yang berwarna merah menyala seperti itu.


Dalam masa yang sama Chef Wan turut menegur anak perempuannya iaitu Serina kerana membiarkan perkara itu terjadi.



Tag : , , , , , , ,