Allah ambil suamiku.. Allah gantikan adiku - Erma Fatima

Pada: Rabu, 27 September 2017
Walaupun dah sah bercerai dengan bekas suaminya, Bade Azmi pada 17 Ogos lalu, kini Erma Fatima meluahkan rasa gembira apabila mendapat berita adiknya iaitu Betty Rahmad bakal berkahwin tidak lama lagi dengan seorang jejaka bernama Ardy Damis.

Erma membuat kenyataan gembiranya di laman sosial miliknya itu

"Alhamdulillah... sekian lama ku nantikan. Hanya Allah tahu betapa gembiranya berita ini aku terima.

"Allah ambil suamiku... Allah gantikan dengan kegembiraan buat adik ku... @bettyrahmad Terima kasiih Allah," ujar Erma.
Datin Umie Aida juga turut mengomen mengenai berita baik adiknya itu, Betty.

"Alhamdulilah... walaupun sudah habis belajar dan dah kerja pun, tapi ayat yes memang susah dia nak sebut. Dalam erti kata tak pernah sebut atau tak tahu sebut atau tak ingin sebut.

"Tapi malam ni cikgu Damis berjaya ajar betty sebut yes! Yeaaayyyy !!! Aku bakal dapat adik ipar @ardydamis tahniah adikku," ujar Umie.

Tag : , , , , , ,