Aksi video cium Fattah Amin, Janna Nick - ini komen Michael Ang

Pada: Sabtu, 23 September 2017
Michael Ang tidak mengetahui sebahagian rakaman penggambaran drama Coffee Prince yang memperlihatkan pelakon utama, Fattah Amin dan Janna Nick seolah-olah bercium tersebar di laman sosial.

Michael terkejut apabila mengetahui video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu iaitu Fara Mendoza di laman Instagram.



"Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.

"Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.

"Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang," katanya
Michael turut meluahkan rasa kesal kerana adegan tersebut telah di salah anggap oleh masyarakat yang menyangka dua pelakon utama tersebut sedang melakonkan babak bercium.

Jelasnya, Fattah dan Janna nampak seperti melakukan aksi itu kerana kedudukan kamera pada telefon bimbit yang merakam.
"Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung.

"Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.

"Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , , , ,