Video mencuit hati hari jadi anak sulung Shukri Yahaya

Pada: Sabtu, 26 Ogos 2017
Pada tanggal 24 Ogos yang lalu, maka genaplah setahun hari jadi anak Shukri Yahaya, Aaira Ameena. Menerusi video yang dimuatnaik oleh bapanya itu, Aaira telah menerima ucapan hari jadi oleh bapanya.

Apa yang menarik perhatian dan mencuit hati netizen adalah, ketika Shukri sedang memberikan ucapan kepada anaknya itu, Ameena telah menganggukkan kepalanya seolah-olah dia faham akan apa yang sedang bapanya itu katakan kepadanya.


“Ayah doakan semoga Ameena menjadi anak yang solehah, dengar cakap, rajin, diberi kesihatan yang baik dan jadi good girl ayah selalu ok,”

Tag : , , , , ,