Sharifah Aleysha selamat bergelar isteri (3 gambar)

Pada: Isnin, 7 Ogos 2017
Pelakon, Sharifah Aleysha Syed Zainal Rashid (adik Sharifah Amani) yang berusia 24 tahun, selamat menjadi isteri kepada Ali Alasri Adenan dengan sekali lafaz, kira-kira 11.15 pagi Sabtu lalu.

"Alhamdulillah, majlis pernikahan anak ketiga berjalan dengan lancar. Saya dan suami, Syed Zainal Rashid Alyahya kini menyerahkan tanggungjawab menjaga Leysha kepada Ali.

"Kami semua gembira dengan pernikahan mereka. Semestinya sebagai ibu, saya sedih terpaksa melepaskan anak kesayangan untuk bersama suaminya. Syukur kerana Ali sudah secara rasmi menjadi sebahagian daripada keluarga kami," kata ibu Sharifah Aleysha kepada BH Online.
Anak keduanya yang juga kakak Aleysha, Sharifah Amani tidak dapat hadir ke majlis berkenaan bagaimanapun berpeluang mengikuti perjalanan majlis menerusi aplikasi Facetime selain berkongsi rasa syukur menerusi Instagram.

Tag : , , , , , , ,