Seorang bekas pondan mahu Nur Sajat bertaubat!

Pada: Isnin, 21 Ogos 2017
Seorang jejaka yang tampil membuat pengakuan yang dia dahulunya seorang pondan. Namun kini sudah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Jejaka bernama Jefferi Mohd Nor (nama pondan Kak Qis) meminta ahli perniagaan selebriti Nur Sajat agar segera bertaubat.



“Sebaik melihat video itu, saya berdoa supaya Allah SWT melembutkan hatinya dan semoga Nur Sajat kembali semula ke pangkal jalan. Saya tahu video berkenaan ditujukan khas buat saya. Mungkin dia rasa tercabar dan tercalar kerana hanya dia mengetahui siapa dirinya yang sebenar dan nasihat saya jangan hidup dalam penuh penipuan”

“Siapa yang melihat video saya sebelum ini pasti dapat mengagak apa yang dikatakan Nur Sajat ditujukan untuk saya, namun saya tidak mahu melatah dan sudah bersedia dengan setiap kemungkinan sebaik membuat keputusan untuk berhijrah. Inilah yang akan saya hadapi, menerima kecaman daripada pondan lain yang mungkin tidak suka melihat penghijrahan saya”

“Tujuan saya membuat pengakuan melalui video sekadar mahu meminta maaf kepada pelanggan, sahabat, dan keluarga yang lebih mengenali saya sebagai Kak Qis sebelum ini. Jika kita berdosa dengan Allah boleh meminta keampunan kepadaNya tetapi saya tidak mahu berdosa dengan manusia,” katanya kepada Harian Metro.

Tag : , , ,