Rumahtangga Hafiz Hamidun, Joy Revfa bergolak?

Pada: Khamis, 10 Ogos 2017

Dengar khabar yang rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa bergolak. Joy juga mengaku ramai bertanya mengenai status perkahwinannya buat masa ini

Enggan mengulas lanjut, Joy memberitahu bagaimanapun kesibukan kerja membuatkan hubungan mereka sedikit renggang.

"Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga).

"Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.

"Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya," katanya ketika dihubungi BH Online.

Tiga hari lalu, usahawan kosmetik itu seolah-oleh memberi bayangan mengenai pergolakan dalam rumah tangganya menerusi muat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.

Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: "Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu."

Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, 'Seharusnya...lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..'

Tag : , , , , , ,