Ozlyn bagi amaran keras!

Pada: Ahad, 27 Ogos 2017
Dalam pada ramai artis lelaki bergelar suami didekati wanita lain, Ozlynn Wati menegaskan tiada siapa berani mendekati suaminya, Johan.

Memetik mStar Online, Ozlynn bersyukur masjid dibina sejak lapan tahun lalu masih utuh dan tidak pernah timbul isu ada pihak cuba meruntuhkan mahligai cinta mereka.

"Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun.. Cubalah kalau berani!

"Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni," katanya

Tambah Ozlynn, Johan lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sekiranya tiada sebarang urusan kerja.

"Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah.

"Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah," ujarnya.


Perkara sama diakui penyampai radio Era fm itu sendiri yang lebih memilih untuk mengutamakan keluarga.

"Saya bekerja untuk isteri dan anak-anak dan tiada masa hendak fikir perkara lain.

"Jika saya keluar tanpa isteri saya sentiasa ingatkan diri yang saya turut membawa maruahnya bersama," kata Johan.




Tag : , , , , , ,