'manada seksi dan bukan bogel pun! -Zizi Kirana (10 gambar)

Pada: Khamis, 17 Ogos 2017
Zizi Fabulous Cat nama yang terdahulu kini sudah bertukar kepada Zizi Kirana dan beliau dikatakan berani membuat penampilan seksi tanpa menghiraukan kecaman nitizen.

Zizi Kirana menafikan dirinya bertampilan seksi sebaliknya ianya adalah fesyen dan identitinya yang masih dikekalkan.


"Mana ada seksi, saya masih berpakaian bukan bogel pun. Saya sudah berpakaian begini sudah lama cuma netizen sahaja baru perasan.

"Selepas menyertai pertandingan nyanyian Acadamy Asia 2, ramai yang ikut saya di laman sosial, jadi bila mereka 'like' foto saya akan keluar di ruangan explore dan boleh dilihat oleh orang lain.

"Dari situ ramai netizen yang mula masuk dan kecam foto-foto saya yang lain,

"Ada yang tuduh saya seperti tiada agama dan menghukum saya tanpa mereka mengenali saya.

"Pada saya tentang agama biarlah urusan saya dengan Allah. Mereka tidak perlu menjatuhkan hukum mengikut apa yang mereka nampak dengan apa yang saya tunjuk di Instagram sahaja," ujarnya kepada mStar Online

Tag : , , , , , , ,