Luahan manis Datuk K, Siti Nurhaliza sempena 11 tahun perkahwinan

Pada: Rabu, 23 Ogos 2017
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) telah meluahkan perasaannya terhadap isterinya, Datuk Siti Nurhaliza yang kini sudah genap 11 tahun mendirikan rumahtangga bersama.

"Beliau isteri hebat dan terbaik. Siti sentiasa sabar dan menjaga saya (kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 2012) dengan penuh ketabahan.

"Beliau juga menjadi penyejuk jiwa dan setia mendampingi saya sama ada dalam susah ataupun senang," katanya kepada mStar Online.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Manakala Siti Nurhaliza, 38, pula memberitahu kebahagiaan rumah tangga yang dibina selama 11 tahun itu adalah atas dasar sifat toleransi, percaya dan kesabaran yang dipupuk dalam hubungan perkahwinan berkenaan.

Kata Siti, sebagai manusia biasa, dia dan suami juga tidak terlepas dengan salah faham, namun perkara yang dilalui itu mematangkan hubungan tersebut.
"Di sini apa yang boleh saya katakan, kebahagiaan yang saya dan suami terima pada hari ini adalah berkat sifat toleransi, percaya dan kesabaran yang kami sama-sama praktikkan selama 11 tahun melayari bahtera rumah tangga.

"Jika ada perkara yang tidak disenangi saya dan suami berbincang dari hati ke hati dan kami tidak sesekali membuntukan lagi keadaaan

"Doakan agar hubungan kami terus dirahmati Allah dan kami menghargai setiap doa-doa kalian buat kami," katanya kepada mStar Online..

Tag : , , , , , ,