Kemana hilangnya Sharifah Amani (8 gambar)

Pada: Isnin, 14 Ogos 2017
Memang lama tak nampak kelibat Sharifah Amani di dunia lakonan drama mahupun filem. Dengar khabar bukan Amani menghilang sebaliknya dia masih aktif dalam dunia lakonan.

Menerusi laman Instagram akaun bernama Alongfina memuat naik foto perbualan Amani dengan salah seorang pengikut di Twitter yang meluahkan rasa rindu untuk melihat lakonannya selain bertanyakan kenapa dia sudah lama tidak berlakon.

Amani kini berada di Paris untuk bercuti.


"Saya masih berlakon. Saya tak pernah berhenti. Saya hanya pilih apa yang saya mahu kerana ia adalah tanggungjawab saya untuk beri yang terbaik untuk anda,"

"Saya cuba yang terbaik untuk memilih dan melakukan kerja yang bagus tapi makin lama makin susah nak dapat jalan cerita dan watak yang baik. Kita perlukan penulis yang lebih bagus.

"Tambahan pula, zaman sekarang ini apa yang penting adalah mempunyai jumlah pengikut yang besar. Saya tak kisah tentang populariti. Saya hanya mahu menyampaikan cerita yang jujur. Insya-Allah," tulisnya di Instagram.

Memetik portal mStarOnline, kali terakhir Amani berlakon adalah dalam drama Selamat Tinggal Aidilfitri yang disiarkan 23 Jun lalu manakala filem lakonannya iaitu Pekak pada 2016.

Tag : , , , , , ,