Jangan terkejut jika budak ini sebenarnya peminat no.1 artis ini...

Pada: Khamis, 10 Ogos 2017

Jangan Terkejut apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Mohammad Reezqi Rayqal menjadi salah seorang peminat tegar Fattah Amin.

Mohammad Reezqi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu sanggup merayu ibu bapanya untuk datang ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bertemu aktor kegemarannya.

Ibunya, Wan Hanim Wan Muhammad, 38, berkata, anaknya mula meminati Fattah selepas menonton drama Suri Hati Mr Pilot.

Reezqi sanggup datang dari Kota Bharu untuk bertemu aktor kesayangannya.


"Sudah beberapa kali bawa dia jumpa Fattah ketika pelakon itu ada sesi bertemu peminat, mujur kami ada saudara mara di sini (Kuala Lumpur). Dia memang sangat meminati Fattah hingga setiap hari dia tidak pernah terlupa untuk menonton drama lakonan Fattah.

"Lagu Fattah pun dihafal, cuma buku dan novel sahaja dia masih belum pandai membaca,

"Kalau berjalan di luar, mana-mana lelaki putih dan kacak dia panggil Fattah, kadang-kadang kami yang terkejut.

"Nama dia pula diminta panggil Tengku Ean macam dalam drama Hero Seorang Cinderella," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , , ,