Ini alasan Remy Ishak kenapa tunda perkahwinannya!

Pada: Ahad, 20 Ogos 2017
Walaupun sudah 4 bulan bertunang dengan tunangnya, Ezza Yusof, Remy Ishak mengakui belum mempunyai tarikh yang sesuai untuk berkahwin.

Alasan Remy, dia belum sempurna untuk menjadi seorang suami. Namun mendoakan agar dia dan tunangnya segera menjadi suami isteri yang sah.

"Setakat ini saya belum mempunyai tarikh untuk mendirikan rumah tangga, tetapi jika ada rezeki, pastinya saya akan berkongsi kepada umum. Memang saya dan tunang ada merancang, namun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dulu.

"Jika diikutkan, semestinya saya ingin berkahwin secepat mungkin, tetapi kita tidak boleh terburu-buru kerana rasanya, diri saya belum sempurna untuk bergelar suami. Selain aspek kewangan, pelbagai aspek perlu dikukuhkan sebagai persiapan diri.

"Apa yang pasti, saya meminta kepada semua pihak mendoakan yang baik-baik saja buat saya dan tunang. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, saya pasti membuat kenyataan mengenai perkara itu," katanya kepada BH Online.

Majlis pertunangan Remy dan Ezza berlangsung di kediaman bakal isterinya di Pahang, 30 April lalu.

Tag : , , , ,