Ingat saya gatal sangat ke nak laki? - DS Vida

Pada: Selasa, 8 Ogos 2017
Datuk Seri Vida telah menyatakan yang dia cukup marah kerana banyak pihak menganggap dia seorang yang gatal. Baginya soal jodoh itu bukan soal utama dalam hidupnya.

Vida menegaskan dia mahu memfokuskan bidang perniagaannya daripada terus difitnah mencari lelaki sana sini.


Tolong jgn macam2.. jaga maruah diri, hormati saya atas dasar KEMANUSIAAN . . Ingat saya gelak2 hepi sokmo, takde maruah ke? Kenapa saya marah? Syg tahu kan.. kalau nak ikutkan kuat mmgla saya kuat.. boleh tempuhi isu ibarat nyamuk je ni.. tapi HATI, hanya yang memahami akan cuba mengerti sy . . Tapi.. kdg saya tergelak jgk.. sebab dia memalukan diri sendiri 😇 cuma tolong hormati saya walaupun JANDA. Itu HAK Allah nak nilai siapa saya.. org yang rapat kenal sy mcm mana . . Wahai wanita sekalian.. pertahankan maruah wanita kita.. saya mohon.. bayangkan saya berjuang.. betapa sedihnya kita dipermainkan . . Nak populariti ke? Ingat saya gatai sangat ke nak laki? Saya nak fokus bisnes saya la.. kalau ada jodoh pun, saya nak yg sanggup hidup dgn saya,, bukan setahun dua je.. tapi yang boleh didik anak.. aturkan bisnes saya.. bukan senang . . Syg semua.. tahukan saya ni wanita, yang punya kudrat yg sama dgn KejAdian wanita lain.. hati jiwa raga yang serupa.. di sebalik kejayaan saya ni . . perjalanan saya amat perih.. ramai orang tak tahu.. doakan saya.. moga dijauhkan dgn orang yang mengkhianati.. didekatkan dengan orang yang mengerti saya.. ye... sy rindu syg2 semua.. muahh 💋💋💋😁😁😁
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


"Nak Populariti? Ingat saya gatal sangat ke nak laki?

"Saya nak fokus perniagaan sayalah. Kalau ada jodoh, saya nak yang sanggup hidup dengan saya bukan setahun dua, tetapi yang boleh didik anak, aturkan empayar saya. Bukan senang,"

"Saya tak pasti ini satu fitnah atau apa tetapi apa yang boleh saya katakan, jika orang tak cukup kuat, dia akan down melalui semua ini.

"Dan saya juga manusia biasa juga, adakalanya tak cukup kuat untuk melalui semua ni," katanya.

Tag : , , , , , ,