FBI timang anak lagi.. anak ke... (5 gambar)

Pada: Isnin, 14 Ogos 2017
Faizal Ismail (FBI) menerima cahaya mata apabila isterinya selamat melahirkan anak mereka pada 8 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ini adalah anak ke-5 dan kali kelima isterinya bersalin secara pembedahan.



"Syukur Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak perempuan kami. Walaupun secara pembedahan, semuanya berjalan lancar.

"Saya anggap ini kuasa Allah SWT. Mungkin ada yang beranggapan bersalin secara pembedahan tidak boleh lebih daripada tiga. Tetapi jika Dia berkehendakkan begitu siapalah kita untuk menolaknya," katanya.

FBI berkata, selepas kehilangan anak kedua yang meninggal dunia selepas 12 hari dilahirkan, dia dan isteri cuba merujuk pakar untuk kehamilan yang ketiga.


"Setiap kali hamil isteri sering mengalami alahan teruk sehingga anak kedua meninggal dunia kerana mengalami komplikasi.

"Justeru, apabila mendapat tahu isteri hamil anak ketiga kami terus merujuk pakar bagi memastikan isteri tidak mengalami keadaan serupa," katanya lagi memetik HarianMetro

Tag : , , , , , , ,