Erma Fatimah sah talak satu.. ini puncanya.. (video)

Pada: Jumaat, 18 Ogos 2017

Setelah 26 tahun mendirikan rumah tangga pengarah terkenal Bade Azmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya pengarah dan pelakon Erma Fatima kira-kira pukul 11.35 pagi, Khamis semalam.

Bade melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.


Bade hadir secara berasingan menaiki motosikal kira-kira pukul 10.30 pagi. Manakala Erma tiba di mahkamah pukul 11 pagi bersama adiknya Betty Rahmad.

Bade selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai pada 10 Ogos mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Erma diwakili peguam Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman sementara Bade tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu Erma yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia reda dengan perceraian itu selain menganggap ia sebagai urusan Allah.

"Apa yang boleh saya katakan, soal mati dan jodoh itu, ketentuan Tuhan dan jika ini ketentuannya, saya sangat reda," ujar Erma memetik MstarOnline

Tag : , , , , , ,