Ellie Suriati dikecam berpakaian 'seksi', ini penjelasan beliau..

Pada: Selasa, 1 Ogos 2017

Ellie Suriati yang akan membintangi pementasan teater Perempuan Satu Malam arahan Amar Asyraf dikecam gara-gara hanya kerana sekeping gambar yang dimuatnaik berpakaian.

Kemudian tampil nitizen berenama Cumi Yumi yang mengecam tindakan Ellie berpakaian berkenaan, namun komen tersebut telah dipadam selepas dikecam semula follower Ellie .


“Selalunya saya tidak ambil kisah sangat dengan kecaman-kecaman yang diberikan di laman sosial, namun apa yang telah diperkatakan seorang wanita di ruangan komen gambar yang saya muat naik semalam bagi saya terlalu biadap.

“Hanya dengan melihat gambar tersebut, dia telah membuat kesimpulannya sendiri dengan melabelkan saya sebagai perempuan yang tidak bermoral menerusi perkataan-perkataan yang sangat biadap.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut mengaitkan nama suami yang kononnya harus bertanggungjawab ke atas apa yang saya lakukan hanya untuk menegakkan apa yang dikatakan,

“Apa yang dilihat (dalam gambar) itu adalah saya sebagai Bintang dalam pementasan teater Perempuan Satu Malam yang memerlukan saya untuk tampil sebegitu.

“Takkanlah saya bodoh sangat sebagai seorang individu yang ingin berpakaian macam itu dengan saja-saja dalam keadaan biasa?

“Saya ambil watak ini kerana sedar betapa besarnya mesej yang dibawakan dalam naskhah ini yang cuba mengingatkan anak-anak muda hari ini agar lebih berhati-hati dalam menyempurnakan kehendak mereka,”

“Saya tahu apa yang saya lakukan, malah suami juga sentiasa ada bersama sama ketika sesi latihan dan dia tidak ada masalah tentang itu kerana sebagai seorang pelakon dia juga faham apa yang saya lakukan itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

“Apapun ingin saya sebut di sini kepada mereka yang ingin mengeluarkan satu-satu pandangan, pastikan kita tahu apa diperkatakan itu dan bukan bertindak secara kurang bijak dengan menghentam orang lain secara melulu.

“Kita mempersoalkan moral orang lain, namun dalam masa yang sama cuba kita fikir adakah kita bermoral dengan bersikap sedemikian,” jelas Ellie lengkap memetik Mediahiburan

Tag : , , , , , , , , ,