Dikaitkan dengan Datuk Red, ini komen Ruhainies

Pada: Ahad, 27 Ogos 2017


Ruhainies meminta pemilik mana-mana laman blog dan netizen berhenti mengaitkan dia dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu.

Ruhainies berkata isu antara dia dan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red itu sudah lama selesai.

"Saya dan dia tiada kena mengena dan tak perlu kaitkan lagi beliau dengan saya. Harap semua faham.

"Sebelum ini pun saya dah jelaskan antara kami hanya sekadar urusan kerja sahaja. Malah, dia pernah memberi penjelasan tentang situasi sebenar.

"Perkara tersebut juga sudah lama berlalu. Saya rasa tak patutlah nak kaitkan lagi," katanya
Menurut Ruhainies, dia dan ahli perniagaan tersebut tidak lagi berhubung sejak tersebarnya video ahli perniagaan itu memeluknya pada tahun lalu.

"Saya dah lama tak berhubung dengan dia. Apa kata... blog yang tidak bertauliah itu fokus kepada pelakon wanita bernama N.

"Sepatutnya mereka cari cerita tentang wanita itu, bukannya saya," tegas Ruhainies memetik mStar Online.

Tag : , , , , , , ,