Apa yang terjadi dengan anak Zulkifli M. Osman?

Pada: Isnin, 7 Ogos 2017
Dengar khabar yang anak kepada pengarah dan pelakon Datuk Zulkifli M. Osman iaitu Puteri Nur Farra kini sudah menjadi penyanyi.

Puteri atau dikenali sebagai Falla Zully tampil dengan single pertamanya iaitu Aku Ada Kamu untuk sebagai pengenalan bagi memperkenalkan dirinya dalam industri hiburan tempatan.

Menggunakan khidmat komposer Reyza Hamizan dan lirik ditulis oleh Aiyad Sakti, Falla yakin single pertamanya itu dapat diterima baik oleh pendengar muzik tempatan.

"Ia mengangkat tema biasa iaitu percintaan namun ia bukan sahaja tentang kisah hubungan lelaki dan perempuan sebaliknya merangkumi semua aspek termasuk kepada Tuhan,

"Saya pernah muncul untuk iklan seperti Coca Cola, TNB, Fisherman’s Friends, DIGI, Mentos, dari sejak awal tahun 2010 lagi.

"Malah saya juga mendapat kepercayaan untuk menjadi duta beberapa jenama," katanya.

Baru berusia 21 tahun, Falla memberitahu minatnya terhadap bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi dan memang berhasrat untuk bergelar penyanyi. -mStarOnline

Tag : , , , , , , , ,