Afifah Nasir akui Aliff Aziz manja suka pegang tangan, ini reaksi boipren (video)

Pada: Selasa, 8 Ogos 2017

Boipren Afifah Nasir iaitu Wan Ariff menyangkal dakwaan netizen bahawa dia seorang lelaki dayus kerana masih mempertahankan tindakan aktres berkenaan dalam isu rumah tangga Aliff Aziz.

Wan Ariff sudah dimaklumkan oleh Afifah situasi sebenar yang berlaku sejak mula penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.


"Saya tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi, semuanya Afifah terangkan kepada saya kenapa dia perlu bertindak sedemikian.

"Dia menjadi mangsa keadaan, sebab itu saya berani keluar kenyataan di Instagram bahawa saya memberi sokongan kepadanya.

"Tentang isu pegang tangan itu, Afifah sudah minta maaf pada saya kerana membenarkan Aliff pegang tangannya dan saya sudah maafkan," -Kata Wan Ariff

Sementara itu, Wan Ariff memohon agar masyarakat tidak terus mengecam teman wanitanya itu, sebaliknya memahai situasi yang terpaksa dilalui aktres tersebut.

"Saya tidak boleh paksa semua orang memaafkan dia, tapi saya cuma berharap agar orang ramai memahami apa yang dia lalui sekarang.

"Dia memang buat saya tapi dia jadi mangsa keadaan," ujar Wan Ariff lagi memetik mStarOnline.

Tag : , , , , , , ,