Sufi AF derhaka kat ibunya? ini luahan perasaan ibunya... PANAS!

Pada: Jumaat, 14 Julai 2017
Dengar cerita yang Sufi Rashid (finalis Akademi Fantasia 2015) dan ibunya, Irma Suriani tengah bergaduh. Ibunya mahu Sufi memohon maaf disebabkan tuduhan Sufi yang dianggap melulu tanpa usul periksa.

Ibunya, tidak teragak-agak membawa masalah ini ke mahkamah jika Sufi enggan memohon maaf.


"Apa yang boleh saya katakan saya mahu permohonan maaf secara terbuka daripada Sufi kerana membuat tuduhan palsu terhadap saya kepada adik-beradik saya yang digunakan sebagai 'senjata'.

"Tuduhan itu membuatkan orang sekeliling menganggap saya yang bersalah.

"Jika dia enggan, segala kebenaran akan didedahkan di mahkamah dan ia akan menjejaskan karier serta kepercayaan orang terhadapnya,

"Kenapa berbohong pada masyarakat kononnya dia sayangkan emak, doakan emak? Hakikatnya semua itu bohong dan dia hanya gunakan kata-kata untuk menagih simpati agar peminat terus menyokongnya.

"Saya sayang semua anak-anak saya tetapi kenapa bila dia dah berjaya, bila ramai di sekelilingnya saya orang pertama dia padam daripada hidupnya?

"Dia sanggup sediakan tempat berteduh untuk orang lain sedangkan dia tahu saya hampir-hampir kehilangan tempat tinggal sebelum ini.

"Dia potong talian telefon saya, ganti kata laluan wifi di rumah dan sekat nombor saya dari telefon adiknya agar saya tidak dapat menghubunginya jika berlaku kecemasan.

"Saya sembunyikan penyakit saya apabila doktor mengesahkan saya mempunyai masalah buah pinggang tahap tiga. Apakah ini yang dia kata dia sayangkan emaknya?

"Saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya kerana tiada ibu di dunia ini mahu melihat anak-anaknya susah kerana saya sudah melalui kehidupan daif membesarkan tiga cahaya mata sendirian.

"Semoga Allah selubungkannya dengan hidayah," kata Irma Suriana kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,