Keadaan Saleem Iklim terkini...

Pada: Ahad, 16 Julai 2017
Dikhabarkan yang penyanyi legenda Iklim iaitu Salim Abdul Majeed atau dikenali Saleem kini dilaporkan semakin menunjukkan perubahan positif selepas 10 hari berada di hospital.

Isterinya, Julia berkata Saleem tidak lagi memerlukan tiub untuk makan dan minum.

“Alhamdulillah keadaan Saleem semakin baik dan dia kini tidak lagi menggunakan tiub untuk menikmati makanan.

“Cuma dia belum boleh bercakap seperti biasa kerana badannya masih lagi lemah kerana penat melawan sakit terlalu lama.

“Saleem seorang yang kuat dan dia lawan sakit. Berkat doa dan sokongan keluarga, rakan-rakan selebriti dan peminat juga membuatkan Saleem semakin pulih,

“Boleh katakan setiap hari ada orang datang melawat. Insya Allah mungkin esok, lusa atau beberapa hari lagi Saleem akan dibenarkan pulang ke rumah,

“Sebenarnya dah bosan duduk di hospital ini. Saleem pun rasa tak sabar nak balik dan nak cari rezeki dengan membuat persembahan.

“Harap semua doakan yang terbaik buat Saleem dan terima kasih kepada yang tidak henti memberi sokongan,” katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , ,