Ini komen Adam terhadap bekas isterinya, Fiza

Pada: Jumaat, 28 Julai 2017
Fiza dah berkahwin dengan seorang pilot pada hujung tahun lalu, dan mereka nampaknya sangat bahagia. Bagi bekas suami Fida, Adam AF, dia sentiasa ingat dengan bekas isterinya itu.

Berikut adalah komen Adam mengenai Fiza.

"Sebenarnya selepas sahaja kami berpisah saya memang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya.

"Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa amat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang boleh menjaganya.

"Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya.

"Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.
Dalam masa sama, Adam menjelaskan hubungannya dengan Fiza kini baik-baik sahaja dan dia tak pernah simpan perasaan benci terhadap bekas isterinya itu.

"Alhamdulilah hubungan kami sangat baik dan tiada apa-apa masalah.

"Dia merupakan wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya mahu membencinya.

"Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya," katanya lagi.



Tag : , , , ,