Faizal AF4 bercerai lagi.. perceraian kali ke....

Pada: Rabu, 12 Julai 2017

Faizal AF4 memberitahu dia kini kembali menduda setelah berpisah dengan bekas isterinya, Sahidatul Najiha hujung tahun lalu. Ini merupakan perceraian ketiga buat Faizal.

Faizal melafazkan ceria terhadap Sahidatul pada 12 Disember 2016 dan kes mereka masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah. Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan telah dikuniakan seorang anak bernama, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia sembilan bulan.



“Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai banyak kali? Kalau boleh biarlah hanya sekali dalam hidup. Ini adalah satu perjalanan hidup yang perlu saya lalui.

“Saya maafkan bekas isteri dan terima dengan redha apa yang telah berlaku. Saya jadikan ini sabagai satu pengalaman yang bermanfaat di masa akan datang,

“Apa yang boleh saya katakan, tidak mudah mencari seseorang yang boleh menerima saya serta kerjaya saya. Mungkin bekas isteri sukar untuk memahami perjalanan seorang artis.

“Saya sudah lakukan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Namun jika ini adalah ketentuan Ilahi, saya terima.

“Selama ini saya hanya berdiam dan tidak ceritakan kepada sesiapa kerana masih bersedih. Malah sehingga kini ada sedikit rasa kecewa.

“Namun saya tidak mahu perasaan tersebut berlarutan sehingga mengganggu perjalanan kerjaya. Saya hanya fikir positif dan kembali bangkit. Bahaya jika terlalu memikirkan kekecewaan tersebut,” cerita Faizal memetik portal INSTA ONLINE
Faizal sebelum ini pernah berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 2009 namun bercerai empat tahun kemudian. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. Kemudian Faizal berkahwin semula pada tahun 2013 namun bertahan hanya dua tahun.

Tag : , , , , ,