Alif Satar berlakon dengan Neelofa, ini reaksi isteri beliau....

Pada: Isnin, 17 Julai 2017

Drama Red Velvet lakonan Alif Satar bersama pelakon dan pengacara wanita, Neelofa tidak lama lagi akan ditontonkan, ianya akan berlangsung selepas drama Mencintaimu Mr Photographer.

Isteri kepada Alif Satar, Shadila mengakui bahawa dia gembira setelah mendapat tahu suaminya akan digandingkan bersama Neelofa.
“Saya sebenarnya gembira untuk Alif bila dia beritahu akan bergandingan dengan Neelofa, saya percaya ia bakal jadi satu fenomena yang hebat sama seperti Lofatttah sebelum ini,” kata Shadila.
Isteri Alif berkata lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara ini sebaliknya dia berharap gandingan suaminya bersama Neelofa akan membuka mata produser-produser dengan bakat yang dimiliki oleh Alif.

“Saya tidak ada masalah dengan itu, kerana saya percaya dengan Alif kerana dia bekerja secara profesional.

“Saya harap dengan gandingan ini, ramai produser buka mata dengan bakat Alif dalam lakonan,”

“Gosip itu biasa dalam dunia artis, pada saya saya tidak risau mengenainya kerana saya percaya dengan Alif.

“Sebelum ini pun ketika dia berlakon dalam Dia Semanis Honey, Alif selalu bawa saya berjumpa dengan Siti Nordiana sehinggakan kami jadi kawan rapat,” jelasnya lagi memetik AstroGempak.

Tag : , , , , , , ,