Soal tudung, ini jawapan Fasha Sandha

Pada: Isnin, 15 Mei 2017


Ada peminat yang bertanya kepada Fasha Sandha mengenai soal bertudung apabila dia memuatnaik gambarnya bertudung dengan seorang jejaka. Namun bagi Fasha, soalan itu telah membuatkan dirinya lebih yakin untuk bertudung satu hari nanti.

Menurut komen Fasha, dia enggan mengenakan tudung hanya sekadar trend zaman kini. Harapannya agar dia bertudung nanti kekal sehingga selamanya.


Namun selain soal tudung, ada seorang lelaki yang bergambar dengannya turut menjadi perhatian. Malah lelaki ini juga adalah lelaki yang sama dikaitkan dengan Fasha sebelum ini.

Tapi lelaki tersebut adalah ustaz yang mengajarnya mengaji bukan kekasih hatinya seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.

Tag : , , , , ,