Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fazura tercalon 100 Wanita Cantik dari Serata Dunia TAPI....

Selasa, 30 Mei 2017


Pelakon jelita Nur Fazura telah terpilih sebagai salah seorang calon yang bakal menjadi wajah tercantik di dunia.

Satu akaun Instagram yang diberi nama @100MostBeautifulFaces telah menyenaraikan 100 wanita cantik dari serata dunia untuk dinobatkan sebagai wanita tercantik.

Apa yang lebih membanggakan Nur Fazura adalah satu-satunya wanita dari Malaysia yang tersenarai.

Antara nama-nama besar yang turut tersenarai ialah Angelina Jolie, Jennifer Lopez, Adriana Lima, Rihanna, Gigi Hadid dan ramai lagi

Sehingga ke detik ini, Nur Fazura sedang berada di tangga lima teratas dengan undian melebihi 12 ribu undi.

Cara-cara untuk mengundi mudah sahaja, anda hanya perlu lawati laman akaun Instagram @100MostBeautifulFaces dan like gambar yang terdapat disitu.

Tapi sayangnya, IG berkenaan apabila dilihat semula sebentar tadi sudah digodam. RIP



PANAS! Ezlyn bakal bercerai dengan suaminya..


Ezlynn memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, memfailkan permohonan itu pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berikutan Adam Fahmy selaku defendan tidak bersetuju dengan perceraian itu, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada ahli keluarga yang rapat dengan plaintif dan defendan bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Pada prosiding hari ini, Ezlynn telah melantik kakak kandungnya manakala Adam Fahmy yang juga pengurus artis itu melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor kemudian menetapkan 11 Julai ini untuk wakil-wakil JKP membentangkan laporan mereka.

Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan belum dikurniakan anak. -HarianMetro

Janna Nick tak serik lagi soal ini..?

Dulu kalau tak silap, Janna Nick pernah bergaduh dengan seorang pereka fesyen tempatan awal tahun lalu, gara-gara skirt yang dipakai Janna terlalu singkat dan seksi untuk sesi bergambar.

Namun pereka berkenaan menafikan dakwaan Janna itu memandangkan dia sudah menyediakan 5 jenis fesyen untuk dipilih sebelum dipakai.

Kini apa pula kata Janna Nick selepas peristiwa itu?

Fattzura labih hot dari Lofattah!

Difahamkan drama Suri Hati Mr Pilot telah mencetuskan fenomena luar biasa dan popular dengan hashtag Lofattah. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, drama Hero Seorang Cinderella gandingan Fattah Amin dengan Fazura tidak juga kurang hebatnya, disamping hastag Fattzura juga menerima sambutan yang memberangsangkan.

Menurut Cik Pang di Harian Metro ia lebih hebat dan hangat daripada Lofattah. Betul ke?

Saat ini Cik Pang percaya penerbit dan pengarah Michael Ang adalah manusia paling gembira di muka bumi ini apabila dikhabarkan drama bersiri terbaru produksinya, Hero Seorang Cinderella, memperoleh jumlah tontonan tinggi sebaik disiarkan di Astro Ria. Lebih membanggakan dikhabarkan jumlah tontonan Hero Seorang Cinderella mengatasi kejayaan drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

Ternyata formula Suri Hati Mr Pilot digunakan Michael Ang terhadap Hero Seorang Cinderella membuahkan hasil, apatah lagi menggandingkan pelakon popular, Fattah Amin dan pelakon terbaik, Fazura. Teman Cik Pang yang mengikuti drama ini dari episod pertama kebanyakannya memberi komen positif.

Bukan itu sahaja, beliau turut memuji lakonan mantap Fazura sekaligus membuatkan Fattah memberikan lakonan yang terbaik dan mampu untuk memikat hati penonton dengan keserasian mereka berdua.

Kata mereka, kekuatan Hero Seorang Cinderella terletak pada Fazura. Sebagai pelakon berpengalaman, Fazura memberi penuh penghayatan pada watak dijayakan. Malah kalau diperhatikan persembahannya seperti dia menjayakan filem dan bukannya drama bersiri. Malah ada mengatakan lakonan Fattah semakin mantap kerana digandingkan dengan pelakon hebat.

Luahan hati Harris Baba untuk anak & selepas kahwin!

Anak sulung perempuan Harris Baba yang kini berusia 3 bulan telah membuatkan Harris membuka mata dan secara tidak langsung mendekatkan dirinya dengan agama.

Haris mengakui walaupun terpaksa berjauhan dengan anak dan isterinya yang tinggal di Keningau, Sabah, namun itu bukan halangan untuk beliau meletakkan keutamaan terhadap keluargannya
"Anak perempuan saya, Aleena Ziya banyak mengajar saya erti kehidupan, malah membuatkan saya lebih matang berbanding dulu. Alhamdulillah, saya juga semakin dekat dengan agama selepas kehadiran cahaya mata sulung.

"Tanggungjawab sebagai bapa masih baharu dalam hidup saya dan tidak dinafikan, saya agak kekok menggalas peranan itu. Biarpun mencabar, ia banyak mengubah saya menjadi lebih baik sekali gus meninggalkan tabiat lama sebelum berkahwin. Harris terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak yang kini berusia tiga bulan di Keningau, Sabah.

"Syukur Aleena tidak banyak kerenah seperti berjaga di tengah malam. Waktu tidur saya dan isteri belum terganggu setakat ini, cuma saya sedikit penat kerana berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Sabah disebabkan isteri dan anak masih tinggal di sana," katanya memetik BharianOnline.
Penyanyi kacukan Pakistan, Iran dan Cina itu yang mendirikan rumah tangga dengan Nik Naziha Nawawi, 22, pada Mei tahun lalu turut berhasrat membawa keluarganya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur, tidak lama lagi.

Nico kahwin kali ke-2 (gambar)

Isnin, 29 Mei 2017


Penyanyi kumpulan rap terkenal 1990-an, Nico, 45, selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Juwiati Musa, 34, di Masjid Jamek Kampung Baru, di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ini adalah perkahwinan kedua Nico selepas kegagalan rumah tangganya empat tahun lalu. Menerusi perkahwinan itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Fazul Shazreen, 4, yang kini dipelihara bekas isterinya. -HarianMetro

Ahmad Fedtri Yahya timang anak ke-3, 1 Ramadan (gambar)

Pada 1 Ramadan lalu, personaliti televisyen terkenal di TV3, Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya, berdebar di bilik pembedahan menyambut kelahiran anak ketiga.

Fedtri bersyukur apabila isterinya, Nurul Anati Ismail, selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 5.41 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Menurut Fedtri, isterinya melahirkan anak mereka menerusi pembedahan selepas mengalami pendarahan.

"Saya dilahirkan pada 1 Syawal dan anak saya ini pula pada 1 Ramadan. Secara kebetulan, dia lahir sempena ulang tahun perkahwinan kami yang keenam, hari ini.

"Buat masa ini, saya belum lagi memikirkan nama untuk bayi perempuan kami ini," katanya memetik portal BharianOnline

Fedtri mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Indah Sutera Jannah, 5, dan Ahmad Willdan Arjuna, 3.

Top 15 Selebriti Malaysia guna FACEAPP


Mata Akim lebam kena 'tumbuk'?

Suami Stacy, Akim Ahmad baru-baru ini ada memuat naik gambar sebelah kanan matanya bengkak. Menurut kaption gambar berkenaan, Akim yang kini berada di kampung isterinya Stacy di Penampang, Sabah berkata matanya terkena serangan penyengat.
"Mata bengkak kena gigit penyengat rasanya ni, dugaan Ramadan" tulisnya yang turut memuat naik foto serangga tersebut.

Shaheizy Sam dedah kenapa enggan tayang muka dan nama anak

Shaheizy Sam masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya yang dilahirkan oleh isteri beliau, Syatilla Melvin pada 9 Mei lalu.

Bagaimanapun Sam memberikan 'hint' dimana dia membuka rahsia nama anaknya dengan mengekalkan 'Sam' seperti mana namanya.

"Rasanya belum tiba masa saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. Insya-Allah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu.

"Tetapi apa yang boleh saya dedahkan saya mengekalkan 'Sam' seperti mana nama saya," katanya memetik mStarOnline

Edisi mengigit!. Zul Ariffin muatnaik gambar berseluar pendek

Sabtu, 27 Mei 2017

Haish. apa lah nak jadi dengan Zul Ariffin ni. Nak post gambar seksi pun, agaklah sikit. Tak pasal-pasal ramai yang dah kritik tindakan dia ni.

Gosip Mawar Rashid mengandung? ini komen Fizo Omar

Setelah mendirikan rumah tangga selama 4 tahun, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Rashid dikhabarkan bakal menimang anak. Berita ini kedengaran bukan dari pihak mereka, tapi orang luar.

Semalam, Fizo tampil menjelaskan kebenaran samada isterinya itu hamil atau tidak.
"Cepat betul tau ye! Apa yang boleh saya katakan, selagi belum bertemu doktor, saya tidak berani nak sahkan perkara ini secara rasmi.

"Memang saya ada syak ke arah itu setelah memerhati status haid isteri kebelakangan ini, tapi itulah... saya tak boleh nak pandai-pandai selagi belum berjumpa doktor,

"InsyaAllah dalam minggu depan kami akan follow up dengan doktor.

"Seandainya ada khabar gembira, nanti saya maklumkan. Doakan yang baik-baik," katanya kepada mStar Online.

Sekitar majlis aqiqah anak Syamsul Yusof, Puteri Sarah (10 gambar)

Berita mengejutkan dari Fizo Omar tentang isterinya?

Jumaat, 26 Mei 2017

Ada khabar yang menyatakan bahawa isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Kraim sudah berbadan dua selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Ramai peminat pasangan ini ingin mengetahui adakah berita ini benar?

Cepat betul tau ye! Apa yang boleh saya katakan, selagi belum bertemu doktor, saya tidak berani nak sahkan perkara ini secara rasmi. Memang saya ada syak ke arah itu setelah memerhati status haid isteri kebelakangan ini, tapi itulah… saya tak boleh nak pandai-pandai selagi belum berjumpa doktor.

Menurut Fizo, beliau akan membawa isterinya untuk menjalani ujian kehamilan tidak lama lagi dan jika benar Mawar mengandung, Fizo berjanji beliau akan mengumumkan berita gembira tersebut.

InsyaAllah dalam minggu depan kami akan follow up dengan doktor. Seandainya ada khabar gembira, nanti saya maklumkan. Doakan yang baik-baik. " tambah Fizo memetik mStarOnline

Fattah Amin bawa van, Fazura ambil video. Sweetnya korang.




Vanidah Imran dapat durian runtuh RM265,000!

Bukan main lagi nak Raya ni buat Vanidah Imran, dengar berita yang Syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra telah menerima perintah oleh pihak mahkamah Seksyen untuk membayar baki bayaran kontrak berjumlah RM265,000 kepada pelakon Vanidah Imran.

Memetik laporan Berita Harian, Hakim Roszianayati Ahmad membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Vanidah mendapatkan bayaran tunggakan bagi 'talent agreement' yang dimasuki antara pelakon itu dan Miliyasutra Industries Sdn Bhd bagi tempoh dua tahun bermula pada September 2012.

Mahkamah membenarkan tuntutan Vanidah selaku plaintif selepas mendengar keterangan saksi kedua-dua belah pihak.

Oleh itu, Roszianayati memerintahkan Miliyasutra membayar kos berjumlah RM10,950 kepada Vanidah.

Namun, hakim menolak tuntutan Vanidah untuk mendapatkan ganti rugi bagi penggunaan imejnya selepas luput perjanjian, tuntutan bagi ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.

Selain itu, mahkamah turut menolak saman tuntutan balas Miliyasutra dan memerintahkan syarikat itu membayar kos RM10,000.

Sebab kenapa Faye Kusairi rancang nak hamil tahun depan


Faye Kusairi mengakui sejak bergelar isteri kepada pengarah drama, Azmi Hatta, dia lebih senang bersikap low profile daripada sebarang publisiti. Azmi juga dilihat agak terbuka berbicara soal perancangan memiliki cahaya mata.

"Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!

"Ini kerana salah seorang anak abang (panggilan kepada suami) iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.

Pun begitu kata Faye, dia dan suami tidak pula menolak seandainya rezeki anak hadir lebih awal dari apa yang dirancang kerana percaya pada ketentuan Allah.

Maulana AF8 selamat timang anak ke-2 (gambar)

Khamis, 25 Mei 2017


Maulana selebriti kelahiran Akademi Fantasia musim ke-lapan dikhabarkan yang isteri beliau telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada 20 Mei yang lalu jam 5.45 petang.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Maulana di akaun instagram miliknya.

Bila Aaisyah Dhia Rana “catwalk”



Baru-baru ini aksi Aaisyah Dhia Rana bersama ibunya, Rozita Che Wan untuk pertama kali digandingkan bersama untuk “catwalk” di pertunjukan fesyen Minaz Blooming Raya 2017.

Ramai pemerhati yang memuji kecomelan Aaisyah serta gayanya yang bersahaja itu.

Tahniah Sharifah Sakinah selamat melahirkan anak (gambar)

Sharifah Sakinah selamat melahirkan anak sulung menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta sekitar Kuala Lumpur, kira-kira jam 9 pagi semalam. Bayi perempuan itu diberi nama Anais Adha.

Kelahiran anak pertama Sakinah, 27, itu dimaklumkan kakaknya, Sharifah Shahira, menerusi Instagramnya sebentar tadi.

"(Bayi) dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha.

"Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah 'overdue' lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.

"Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama," kongsi Shahira.

Elizabeth Tan dedah sebab utama putus bercinta

Elizabeth Tan, tidak menafikan hubungan cintanya bersama ahli perniagaan putus sejak sebulan lalu disebabkan kehadiran orang ketiga. Elizabeth atau Lizzy menjelaskan, hubungan cinta selama empat bulan itu turut membuatkan beliau meminggirkan keluarganya.

"Saya sebak apabila bercerita mengenai isu ini kerana saya meminggirkan keluarga demi cinta, namun apa yang berlaku membuka mata saya. Syukur kerana keluarga menerima saya dengan tangan terbuka.

"Tempoh percintaan sepanjang empat bulan itu cukup mematangkan diri saya selepas kerap berdepan pelbagai cabaran. Saya tidak nafikan dia curang.

"Saya enggan dikaitkan lagi dengan dirinya atau mana-mana pihak. Buat masa ini, saya lebih selesa untuk memberi fokus pada kerjaya," katanya kepada BH Online.

Anis al Idrus umum tarikh perkahwinan dengan duda

Rabu, 24 Mei 2017

Selepas cerita mengenai Raja Afiq dengan saudaranya baru-baru ini, bekas kekasihnya pula Anis Al-Idrus, 29, bakal disatukan dengan pereka dalaman, Aiman Rafzan, 35, pada 7 Julai depan.

Anis berkenalan dengan Aiman (duda anak satu), pada awal Januari tahun ini dan bertunang pada 24 Mac lalu. Kata Anis, keputusan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga bukanlah dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya menganggap jodoh mereka sudah tiba.

"Kami juga bukanlah menyorok kisah pertunangan, sebaliknya masing-masing berasakan lebih elok majlis pernikahan yang dihebahkan.

"Malah, pada awal perkenalan kami, dia tidak tahu pun saya seorang artis," kata Anis memetik BharianOnline

Siapa wanita ini, kekasih baru Raja Afiq?


Wah dengar khabar yang Raja Afiq kini rapat dengan seorang wanita jelita dimana gambar mereka bersama tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Raja Afiq juga turut meninggalkan komen romantik kepada wanita yang dipercayai bertugas sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Namun wanita berkenaan sebenarnya adalah..

"Itu sepupu sayalah, kami memang rapat masa kecil tapi selepas itu terpisah, sekarang baru jumpa dan rapat balik.

"Nama dia Shafirah, berusia 24 tahun, saya sayang dia macam sayang kakak sahaja.

Kapsyen I Love You memang saya selalu komen untuk ahli keluarga yang rapat," ujar Afiq yang tidak memendam sebarang perasaan pun terhadap Sharifah n mStar Online.

Berita mengejutkan dari Jamal Abdillah

Dalam diam penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah akhirnya menamatkan zaman dudanya dengan memilih wanita berusia 23 tahun sebagai isterinya yang dilangsungkan pada 1 April lalu.

Bagaimanapun, penyanyi itu enggan berkongsi lanjut tentang butiran majlis perkahwinan kali keempatnya itu.

Difahamkan, isteri penyanyi yang terkenal dengan lagu Azura itu berasal dari Kulim, Kedah.

“Alhamdulillah, benar saya sudah bernikah, doakan yang baik-baik buat rumah tangga saya.

"Maaf saya tidak mahu berkongsi lanjut. Saya tidak yakin perbincangan di media akan membawa sejahtera kepada sesebuah rumah tangga,” jawabnya ringkas kepada mStar Online.

PANAS! Azwan Ali mengamuk buang CD Hafiz Hamidun

Selasa, 23 Mei 2017

DivaAA atau Azwan Ali difahamkan telah mengamuk dengan membuang cd album Hafiz Hamidun ke dalam tong sampah. Protes ini dibuat disebabkan dia tidak dijemput atau diundang ketika Hafiz berkahwin beberapa minggu lalu.

Sebelum ini, Azwan rajin memuji dan memuatnaik video mengenai Hafiz, namun kini sebaliknya.

Soal kahwin dengan Erra, ini jawapan KAW Shahir

Memetik portal Bharian semalam, Shahir ada memberitahu yang dia akan segera menamatkan zaman bujangnya. Namun ternyata persaoalan itu timbul apabila dia kini sedang akrab dengan Erra Fazira.

Jawapan ringkas Shahir ini membuktikan yang dia mahu mempercepatkan 'pasangannya itu' dengan segera.

"Saya akui agak segan untuk berkongsi perkara peribadi. Namun, jika ditanya, saya tidak keberatan untuk membuka mulut mengenai hubungan kami.

"Saya akui simpati dengan Erra kerana terpaksa berdepan dan menjawab seorang diri. Tapi, Erra lebih menonjol dalam industri seni menyebabkan media banyak bertanya kepadanya mengenai hal kami,"

"Langkah seterusnya, doakan agar hubungan kami dipermudahkan. Apabila tiba masanya, saya akan berkongsi dengan semua," katanya.

Nora Danish dedah punca sebenar dia saman Fasha Sandha

Baru-baru ini Nora Danish ada mengambil tindakan untuk menyaman Fasha gara-gara statusnya di media sosial yang didakwa mencetuskan salah faham. Menurut Nora, apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk mencari gaduh sebaliknya ingin menamatkan setiap perselisihan faham mereka berdua yang tidak berkesudahan selama beberapa tahun.

Perjuangan mencari kebenaran ini bukan untuk pertahankan diri Nora sendiri. Kali ini untuk suami dan keluarga tercinta serta perniagaan yang diusahakan. Nora sekarang dah tak macam dulu lagi. Kini dah bergelar isteri.

Sudah tentulah impak kenyataan palsu yang dibuat itu telah mengguris banyak hati. Bukan saya seorang. Sebab itu Nora mengambil keputusan untuk menoktahkan segala-galanya secepat mungkin biar masalah selesai ikut saluran yang betul.

Benda ini bukan benda baru pun, selama ini banyak fitnah yang bertebaran, Nora tak layan. Tapi bila difikirkan balik, sampai bila Nora nak bagi orang lain pijak kepala? Itu yang Nora, buat bertindak. " kata Nora memetik Utusan

Hairul Azreen bongkar rahsia kenapa boleh berjaya tanpa berlakon

Hairul Azreen diakui kurang menyerlah sebagai pelakon namun Hairul sebenarnya seorang usahawan menerusi beberapa perniagaan yang diusahakan bersama isterinya, Hanis Zalikha.

Bagaimanapun kemewahan hasil daripada titik peluhnya selama ini sering dipandang serong malah ada mempertikaikan kesenangan yang dikecapinya hari ini hasil menumpang nama isteri dan anak lelakinya, Yusof Iskandar.

"Saya dahulu budak rempit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha.

"Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu ia turut membuka mata saya.

"Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis ketika itu dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi,

"Perniagaan pertama saya pun sya bangunkan bersama Hanis dan ketika itu memang saya tiada ilmu dan pengalaman tetapi isteri saya banyak membantu ketika itu memandangkan dia mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan.

"Kami berdua bermula dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang dan Alhamdulillah rezeki saya selepas berkahwin dan mempunyai anak semakin murah," jelasnya memetik mStarOnline.

Fattah Amin KANTOI panggil SAYANG kat Fazura?? (video)

Isnin, 22 Mei 2017

Saya bukan USTAZAH nak berpurdah/baju labuh! -Joy Revfa

Memang ramai orang melihat gaya Hafiz Hamidun adalah seorang yang alim. Namun selepas kahwin dengan ahli perniagaan, Joy Revfa, isteri Hafiz ini menerima kecaman nitizen yang mahu melihat dia mengenakan purdah atau jubah.

Joy dengans suara lantang telah meluahkan isi hatinya di laman sosial Facebook baru-baru ini mengenai hal demikian.

Elfira Loy bongkar rahsia kenapa dia tolak tawaran berlakon kini!

Kebelakangan ini memang jarang kita melihat Elfira Loy berlakon di tv, bukan sibuk soal cintanya yang paling hot sebaliknya sering dilihat beliau terlibat dalam program keagamaan.

Menurut Elfira, sudah banyak tawaran berlakon ditolak kerana merasakan bidang pengacaraan lebih sesuai dengannya.

“Bukan tak nak berlakon atau sudah meninggalkan bidang lakonan, tapi banyak lagi kerja lain yang terpaksa saya buat kini. Saya pernah juga cuba berlakon, tapi saya rasa tak enjoy apabila berada di set penggambaran dan cepat penat. Jadi, saya ambil keputusan fokus pengacaraan buat masa ini”

“Bidang lakonan itu dibuat bila betul-betul ada masa bersesuaian. Biasanya saya beri talk dengan kementerian, badan kerajaan dan persendirian. Ia lebih terarah pada beri inspirasi kepada orang lain mengenai hala tuju perniagaan dan pengurusan masa,’ katanya kepada Sinar Harian.

Biarpun tidak berlakon, namun Elfira memberitahu jadual hariannya sudah padat diisi dengan undangan ceramah mengenai peniagaan yang selalunya dibuat di luar Kuala Lumpur.

Ayu Raudhah dedah jantina kandungan 9 bulan

Pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang sebelum ini beringinan untuk mempunyai seorang puteri akhirnya dimakbulkan ketika Ayu kini sarat mengandung.

Rabu lalu, dia dan suami, Zaquan Adha mengumumkan bahawa kandungannya yang kini mencecah usia sembilan bulan adalah bayi perempuan.

Elyana tak boleh hamil lagi, ini yang dia lakukan...

Walaupun sudah dikurnikana seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah yang berusia 6 tahun, namun Eluana memberitahu yang dia kini tidak boleh hamil lagi atas sebab-sebab tertentu.

Oleh itu Elyana mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat.
Anak saya sudah besar tahun ni berusia 6 tahun dan saya sebenarnya dah lama sangat hendak menambah zuriat. Namun selepas keguguran tahun lalu, saya tidak boleh hamil atas sebab-sebab tertentu. Jadi saya berhasrat untuk mengambil anak angkat dan sekarang sedang mencari.

Saya kalau boleh mahu cari keluarga yang susah serta yang benar-benar tidak mampu hendak menjaga bayi mereka. Tidak kisah apa jantina mereka pun saya akan terima. Malah jika ada rezeki lebih saya mahu ambil anak angkat lebih dari satu." kata Elyana memetik AstroGempak
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada November 2010

Zed Zaidi dia orang tengah damaikan David Teo-Mat Over

Ahad, 21 Mei 2017


Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi berkata pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab dengan pantas apabila membuka jalan pendamaian insiden pertelingkahan David Teo dan Mat Over sebelum majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) tamat.

Zed berkata, tiada apa yang perlu dipanjangkan lagi berikutan dua selebriti berkenaan termasuk Datuk Rosyam Nor selaku moderator sudah bersalaman antara satu sama lain di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang memanglah tidak nampak.

"Semasa kejadian itu saya duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.

"David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia," ujarnya kepada mStar Online.

Sekitar mjlis aqiqah Eshaal anak Stacy, Akim (5 Gambar HD)

Wardina Sindir Rosyam Noor batu api (video)


Hakka Paling Lawak Daripada Rahim & Shuib Sepahtu

Jumaat, 19 Mei 2017

Boy Iman bagi 'hadiah istimewa' untuk Nassier Wahab


Datuk Nassier Wahab, yang baru saja dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abu Bakar, 15 Mei lalu, kini menerima pula sebuah banglo.

Beliau dihadiahkan kediaman terbabit selaku duta kepada sebuah syarikat hartanah DBI Technology yang dimiliki oleh Boy Iman. Boy bermurah hati menghadiahkan banglo berharga RM150,000 terletak di Kapar, Klang, Selangor, sebagai menghargai perjuangan kepada penyanyi itu yang bergelar anak seni selama 32 tahun.
"Semua kurniaan yang diterima ini bagai nikmat berganda buat saya. Ia juga umpama hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-55, pada 18 April lalu.

"Bukan saja diumumkan sebagai duta syarikat berkenaan, saya juga dihadiahkan sebuah banglo. Kediaman yang saya terima ini juga tak jauh daripada tempat tinggal saya sekarang di Bukit Raja," kata Nassier.
Terikat selama dua tahun sebagai duta, katanya, tugas beliau adalah lebih kepada mempromosi pakej perumahan baharu dan mampu milik untuk pelanggan.
"Saya sendiri sudah lebih 20 tahun mengenali Boy Iman. Sambil membantu perniagaannya, dapat juga saya menolong beliau mempromosi apa yang diusahakannya itu.

"Dalam hal ini, kita berusaha mendidik masyarakat untuk membeli rumah pada usia muda. Jangan tunggu hingga usia sudah lewat baru nak memiliki rumah sendiri. Rumah ialah aset dan keperluan, jadi jangan kita ambil mudah soal berkenaan," katanya kepada BH Online.

Najib Razak panggil Wak Doyok 'Wak Dogol' (video lucu)


Disebalik drama hangat yang berlaku semasa Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diadakan di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya pada rabu malam, ada satu kejadian mencuit hati apabila Datuk Seri Najib Tun Razak tersalah memanggil nama personaliti fesyen, Wak Doyok dengan panggilan Wak Dogol.

Fouziah Gous kini hamil anak ke-2


Fouziah Gous berkongsi berita gembira kehamilan keduanya yang kini sudah memasuki minggu ke 14.

Fouziah berkata, dia setakat ini mengalami alahan yang berbeza dengan kehamilan pertama dan anak sulungnya, Muhammad Zeeshan yang berusia dua tahun tidak mahu berenggang dengannya.

“Kali ini memang mencabar. Zeeshan macam tahu dia bakal jadi abang, jadi asyik “lekat” dengan saya. Dia tak mahu berpisah.

“Saya tidak tahu pun hamil. Tapi suami ada mimpi tentang kehamilan ini, cuma kami ingat hanya mainan tidur.

“Jumpa doktor untuk buat pemeriksaan kesihatan dan Alhamdulillah, saya disahkan mengandung tujuh minggu ketika itu,” katanya.

Ditanya soal jantina kandungan, Fouziah berkata, dia sidah membuat imbasan namun masih belum kelihatan jantina bayi tersebut.
“Saya dan suami sebenarnya tidak kisah. Asalkan bayi dilahirkan sihat, kami cukup bersyukur,”katanya.

Fouziah juga berkongsi berita gembira tersebut di laman sosial, Instagramnya

Inilah padahnya bila Aliff Syukri bela kucing ganas (video)

Khamis, 18 Mei 2017

Menang anugerah, Neelofa dikatakan membeli undi dari stokisnya?

Neelofa ada memenangi beberapa kategori anugerah hiburan yang dianjurkan oleh stesyen televisyen tempatan tahun ini. Namun ramai juga yang memepertikaikan kemenangannya yang dianggap membeli undi.

Kononya Neelofa menyuruh para stokis perniagaan tudungnya untuk mengundinya. Ini jawapan Neelofa


Mat Over tak kesal tampar David Teo, ini tindakan David Teo paling dipuji


“SAYA tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

"Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," kata pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Over.
Mat Over menampar penerbit filem dan drama Datuk David Teo sehingga sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya, malam ini, terhenti seketika.

Kerap upload gambar bersama, Redza Rosli, Ayda Jebat bercinta?


Redza Rosli dan Ayda Jebat dengar khabar yang mereka kini amat rapat, namun belum ada pengakuan ikhlas dari kedua-duanya yang mereka sedang bercinta. Pun begitu, ramai peminat yang mendoakan hubungan teman tapi mesra mereka menjadi hubungan percintaan.

Redza mengakui beliau tidak menolak jika beliau ditakdirkan mempunyai jodoh bersama Ayda. Buat masa ini, Ayda sahaja wanita yang paling rapat dengan beliau.
"Kalau bercinta pun apa salahnya. Saya senang bekerja dengannya. Begitupun saya tidaklah mengatakan rakan sebelum ini tak bagus. Ayda banyak membantu memudahkan kerja lakonan saya. Malah dia banyak mengubah pergaulan saya. Malah dialah wanita yang rapat dengan saya saat ini.

Saya jarang memuat naik gambar bersama perempuan di laman sosial. Jadi bila tiba-tiba saya kerap berkongsi gambar dengan Ayda ada yang mengandaikan kami bercinta. Kalau ditanya andai saya bercinta dengannya, biarlah saya simpan saja perasaan itu. " kata Redza memetik BH PLUS

Kekasih hati pelawak Dzawin yang cun (6 gambar)

Rabu, 17 Mei 2017


Pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017), Dzawin semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat industri komedi tanah air.

Untuk pengetahuan, Dzawin memang gemar memberi kelainan dengan menyelitkan unsur dakwah dalam setiap persembahannya.

Apabila sudah popular, sudah tentulah ramai yang berminat untuk mengetahui kisah peribadi Dzawin termasuk status dirinya samada sudah mempunyai kekasih atau tidak.

Hakikatnya, Dzawin kini sudahpun berpunya dan sedang menjalin hubungan dengan gadis berumur 26 tahun bernama Fatih Puteri yang berasal dari Jogjakarta, Indonesia

Mereka difahamkan sudah menjalin hubungan cinta sejak 4 tahun yang lalu.

Malah, Fatih juga dilihat hadir semasa pentas akhir MLM2017 baru-baru ini sebagai tanda sokongan kepada teman lelakinya itu.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga gemar bercuti dan mengembara bersama antaranya di Malaysia dan Singapura baru-baru ini.

Bercinta dengan Zizan Razak, ini komen standart Mira Filzah...

Ramai orang menyangka keakraban diantara Zizan Razak dan Mira Filzah telah menimbulkan gosip yang mereka sedang bercinta. Namun lain pula komen daripada empunya badan terutama dari Mira sendiri.

Memetik portal Bharian, Mira menafikan yang dia dengan Zizan tengah bercinta. Sebaliknya keakraban itu terjalin disebabkan..

"Sejak kecil, ibu bapa mendidik saya untuk menjaga nama baik keluarga. Oleh itu, saya sebaik mungkin tidak mahu mencemarkan nama keluarga dengan sebarang gosip atau kontroversi negatif.

"Nasihat mereka, apabila sudah pasti semuanya, barulah saya bersedia untuk membuka mulut mengulas perihal cinta. Namun, buat masa ini, saya selesa berkawan dengan sesiapa saja dan memberi tumpuan kepada kerjaya.

"Lagipun, saya baharu berusia 24 tahun dan masih jauh perjalanan kerjaya seni. Cuma saya tidak menolak atau meletakkan sebarang sasaran mendirikan rumahtangga. Sekiranya jodoh sampai awal, saya terima.

"Saya tak menafikan, saya suka berkawan dengan Zizan kerana dia baik dan kelakar. Tetapi kami hanya teman rapat sahaja," katanya

Nia Ramadani selamat melahirkan anak ke-3 (10 gambar)

Pelakon Sinetron terkenal Indonesia, Nia Ramadhani mengakui tidak mahu anak-anak mengikut jejaknya terlibat dalam industri hiburan. Menurut laporan DetikHot.com, Nia mengambil keputusan itu kerana anak-anaknya masih kecil.
"Saya tidak mahu anak-anak saya terlibat dengan industri hiburan buat masa sekarang kerana usia mereka masih muda.

"Saya juga tidak mahu bebankan mereka dengan kerja ketika masih kecil.

"Saya ada menerima banyak tawaran untuk mereka menjayakan iklan televisyen namun saya menolaknya.

"Ada juga penerbit yang inginkan mereka berlakon tetapi saya dan suami menolak tawaran mereka." katanya
Nia Ramadhani dan Adriansyah Bakrie telah bernikah pada tahun 2010. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalinda Bakrie, Mainaka Zainati Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.