Syamsul, Puteri Sarah timang anak sulung (gambar anak)

Pada: Khamis, 20 April 2017
Puteri Sarah Liyana yang juga isteri kepada pengarah Syamsul Yusof selamat melahirkan anak sulung kira-kira pukul 6.30 pagi semalam, Rabu memetik portal mStarOnline.

Bayi berjantina lelaki itu seberat 3.5 kilogram, dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar.

Syamsul menerusi laman sosial memberitahu berita gembira tersebut dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam Mohd Shamsul.


"Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara.

"Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang Islam yang ikhlas wahai Syaikhul Islam Bin Mohd Syamsul.

"Marhaban ya Syaikhul Islam... Terima kasih isteri, Puteri Sarah Liyana," tulisnya.

Tag : , , , , , , , ,