Inilah dia anak sulung mendiang Paul Walker (5 gambar)

Pada: Isnin, 17 April 2017

Berita bintang Fast & Furious, Paul Walker terbabit kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya pada November, 2013 yang lepas betul-betul mengejutkan peminat di seluruh dunia.

Pemergian Paul Walker memberi impak yang besar pada industri perfileman terutamanya, filem-filem yang pernah dibintangi beliau iaitu Fast & Furious 1,2,4,5 dan 6. Pemergian beliau juga telah meninggalkan seorang anak perempuan, Meadow Walker.

Meadow Walker yang sebelum ini dikhabarkan sangat terkesan selepas pemergian bapanya secara mengejut kini kembali tampil dengan wajah yang baru dan ceria, seolah-olah Meadow akhirnya telah redha dengan apa yang telah berlaku.

Gadis berusia 18 tahun ini kini tinggal bersama ibu kandungnya, Rebbeca Soteros dan membesar menjadi seorang gadis yang kelihatan matang dan sangat cantik. Jika Walker masih hidup, pasti dia berbangga memiliki anak secantik Meadow.

Meadow merupakan satu-satunya pewaris harta kekayaan milik Paul Walker iaitu aset bernilai 25 juta USD. -taikotai.tv


Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..