Datuk Seri Vida terima ramai salam perkenalan dari lelaki...

Pada: Khamis, 20 April 2017
Bercerai buat kali ketiga pada bulan Januari lalu, Datuk Seri Vida akui ramai lelaki yang menghulurkan salam perkenalan kepadanya setelah mengetahui dirinya kembali menjadi janda semula.

Namun keadaan itu membuatkan Datuk Seri Vida rimas dengan puluhan mesej yang mahu berkenalan dengannya tidak kira di media sosial mahupun aplikasi di handphone.

“Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya. Lagipun keutamaan saya kini untuk membahagiakan anak-anak dan perniagaan”

“Tiada masa untuk lelaki buat masa ini. Alhamdulillah, saya makin kuat mendepani hari mendatang bersama anak-anak. Saya baik-baik sahaja,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..