Apakah kesudahan kisah cinta Zahirah Macwilson, Zul Ariffin?

Pada: Jumaat, 7 April 2017
Hubungan yang dikatakan sudah tidak lagi ada selama ini diantara Zahirah Macwilson dengan Zul Ariffin terjawab apabila Zahirah tampil memberitahu mengenai hubungan mereka.

Buat Zahirah, hubungannya dengan Zul masih lagi terjalin dan tidak berlaku perpisahan di dalam percintaan yang mereka bina buat masa ini.


"Ya, kami masih bercinta. Tiada apa pun yang berlaku antara kami sebenarnya. Malah, kami juga sudah melalui berbagai-bagai gosip sepanjang hubungan ini.

"Bagi kami, ruang privasi adalah sangat penting. Kami pun bukan jenis orang yang suka berkongsi aktiviti di laman sosial. Zahirah Macwilson Zul Ariffin

"Saya juga mempercayai dirinya dan begitu juga dengan Zul. Kami saling mempercayai antara satu sama lain," -katanya memetik Bharian

Tag : , , , , ,