Muatnaik gambar kad kahwin, Faye Kusairi nak kahwin?

Pada: Jumaat, 31 Mac 2017

Faye Kusairi telah dikenali ramai akibat kontroversi dikaitkan dengan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta. Baru-baru ini, Faye telah memuat naik gambar kad jemputan perkahwinan di akaun Instagram.

Walau bagaimanapun, gambar yang menunjukkan ibu bapanya yang sedang menyusun kad jemputan itu dianggap sebagai salah faham peminat sahaja.


"Kad jemputan itu adalah undangan sambutan hari lahir anak saudara saya yang bakal diadakan pada 7 April ini. Saya belum lagi nak berkahwin. Lagipun belum ada sebarang tarikh ditetapkan. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini,"

"Insya-Allah, seandainya sudah ada tarikh yang sesuai untuk diijabkabul, saya akan umumkan kepada rakan-rakan media dan peminat. Biarpun sebelum ini saya jarang berkongsi hal peribadi, tetapi selepas apa yang berlaku saya fikir lebih baik saya kongsikannya." katanya kepada Harian Metro.

Tag : , , , , ,