Luahan terbaru Elly Mazlein terhadap bekas suaminya...

Pada: Selasa, 14 Mac 2017
Elly Mazlein meluahkan rasa tidak puashatinya terhadap bekas suaminya kerana tidak hadir ke majlis ulang tahun anak mereka minggu lalu. Elly memberitahu yang bekas suaminya, Azmi Hatta sibuk 'berperang' sampai tiada masa untuk mengambil tahu tentang hal anaknya, Putri Sara Sefhia, setahun.

Malah menutut Elly, Azmi selalu tidak memberi nafkah anak tepat pada waktunya.
“Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya. Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup. Tapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa," katanya pada Utusan Online.
Paling merobek hatinya bila Azmi langsung tidak mengucapkan selamat hari lahir kepada anaknya yang menyambut ulang tahun pertamanya pada 9 Mac lepas.
“Saya anggap dia pergi ‘berperang’ sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak. Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada."

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..