Isteri okey sahaja 'hubungan' Shah Iskandar-Uqasha Senrose

Pada: Rabu, 15 Mac 2017
Shah Iskandar Mahfuz menjelaskan tiada hubungan istimewa antara beliau dengan Uqasha Senrose. Sebaliknya, beliau menganggap aktres terbabit seperti adiknya sendiri berikutan usia mereka yang 10 tahun berbeza.

Menurut aktor itu juga, beliau bertuah kerana isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, tidak mudah melatah atau berfikiran negatif di sebalik gosip yang melanda dirinya.
"Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama saya dengan dia. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah.

"Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini. Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran?

"Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha? Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , , ,