Fazura dihentam kerana ketebalan imannya dipersoal? PANAS!

Pada: Rabu, 15 Mac 2017
Dengar khabar yang filem Beauty & The Beast ditangguhkan penayangannya disebabkan faktor yang difahamkan menyangkut paut soal sensitiviti agama dan sebagainya.

Ramai yang kecewa dengan berita ini, dan tidak juga Nur Fazura yang turut kecewa dengannya melalui laman sosial Twitter miliknya.

"Tayangan Beauty & The Beast dibatalkan hanya kerana? Haih. Saya tak sangka Iman mereka senipis kulit bawang." tulis Fazura
Niat yang pada mulanya hanya untuk berkongsi kekecewaan terhadap filem tersebut, bertukar menjadi sebaliknya apabila dirinya pula diserang dan dikecam netizen.

Rata-ratanya mengatakan yang Fazura tidak layan berbicara tentang iman kerana dia sendiri tidak menutup aurat.


--------------------------------------------------------









Tag : , , , , , , ,