Dira Abu zahar sah bercerai kali ke-2

Pada: Ahad, 19 Mac 2017
Dira Abu Zahar berkata status ibu tunggal yang dilalui buat kali kedua langsung tidak memberikan tekanan atau kesulitan dalam kehidupannya kini.

Malah, rutin seharian sama ada untuk urusan peribadi atau kerja berjalan lancar seperti sedia kala.

"Rasanya tiada apa nak ulas lanjut tentang perceraian saya. Semua pun sudah tahu. Malah, kami pun berpisah secara baik, tidak bergaduh atau bermusuhan.

"Saya masih kekal bersahabat baik dengan bekas suami (pengarah Helmi Yusof). Malah, hubungan saya dengan bekas suami pertama (Ash Bau) pun baik. Jadi kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil.

"Saya okey saja sebab Anggun (anak) mempunyai dua bapa. Buat masa ini saya selesa dan senang dengan kehidupan solo ini dan hanya perlu fokus pada anak dan kerja," katanya kepada mStar Online.

Dira atau Khaidirah Abu Zahar bercerai dengan pengarah filem Bikers Kental (2013) selepas Aidilfitri tahun lalu difahamkan berpunca daripada konflik dalaman yang berpanjangan membabitkan penajaan filem tersebut. Pasangan yang diijab kabulkan pada 11 November 2011 itu tidak dikurniakan anak.

Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau iaitu Ash atau Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid pada 2007 sehingga 2010 dan memiliki seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafriz-Rullah yang kini berusia sembilan tahun.

Tag : , , , , , ,