Shah Tapaw jelas kenapa bagi nama anak 'Naruto'

Pada: Khamis, 16 Februari 2017
Yang ni tak tahu lah macamana Shah Tapaw boleh dapat nama seperti itu untuk anaknya yang baru lahir. Mungkin terlalu fanatik dengan kartun yang ditontonnya tu kot. Apa-apa pun tahniah diatas menerima cahaya mata baru.


"Sebenarnya perkara yang dikongsi oleh saya itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun di edit dan ia hanyalah gurauan semata-mata dikalangan adik-beradik saya.

"Pada awalnya memang saya terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto namun mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga post ke Instagram," ujarnya memetik MediaHiburan.

Untuk rekod, nama sebenar anak kedua pelawak dan pengacara tersebut ialah Muhammad Putra Iyyad Bin Mohd Shah Rizal. Lahir pada 12 Februari jam 1.42 pagi.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..