Selesa dengan Fattah, Niena Baharun tidak gentar dengan Neelofa

Pada: Jumaat, 24 Februari 2017
Dengarnya untuk drama Dia Anak Jeneral, Fattah Amin akan digandingkan dengan Niena Baharun. Neelofa sepertinya tidak digandingkan lagi dengan Fattah walaupun ramai mengetahui keserasian dua pihak diluar set.

Namun bagi Niena, dia tidak bimbang dan gentar dibandingkan dengan Neelofa oleh peminat Fattah-Neelofa.

"Tiada rasa takut atau bimbang dibayangi heroin (Neelofa) sebelum ini. Bagi saya, setiap pelakon ada cara lakonan tersendiri.

"Lagipun, saya tak suka campur soal kehidupan peribadi dengan kerjaya. Ini cara saya bekerja. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon.

"Sebagai pelakon baharu, saya tetap menghormati pelakon senior,

"Alhamdulillah, sepanjang menjalani penggambaran, dia amat menyenangkan. Kami saling memberi kerjasama.

"Hari pertama berlakon dengannya, saya tak nafikan kami agak kekok kerana belum pernah bekerjasama. Cuma selepas beberapa hari, keselesaan itu terpancar.

"Kami juga bantu membantu menghidupkan watak masing-masing," katanya kepada BH Online.




Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..