Mereka berdua tidak lagi selesa kerjasama - Michael Ang

Pada: Rabu, 22 Februari 2017
Status pasangan sensasi Neelofa dan Fattah Amin untuk bergandingan dalam drama terbaru akan diputuskan tidak lama lagi, kata Michael Ang.

Michael Ang berkata ketika ini beliau masih lagi dalam proses memujuk kedua-dua pelakon terbabit bagi membintangi drama Hero Seorang Cinderella yang akan memulakan pengembaraan 19 Mac ini.

“Saya masih cuba memujuk mereka. Kalau tidak, saya akan paksa perkara ini terjadi.

“Kalau segala usaha menemukan mereka gagal, sebagai pengarah dan penerbit saya sudah bersedia dengan perancangan lain,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Namun menurut Micheal konflik yang berlaku antara artis paling popular 2016 dengan Fattah baru-baru ini mungkin menjadi penyebab hubungan mereka renggang dan tidak lagi selesa bekerja bersama.

“Terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini membabitkan Lofa dan Fatah dan mungkin perkara itu membuatkan mereka tidak selesa untuk bekerja kembali bersama.

“Tambah pula ada pihak lain cuba memperkotak-katikkan mereka membabitkan isu yang timbul sama ada membabitkan kerjaya mahupun peribadi,” katanya.

Tag : , , , , , ,