Kumpulan Zero dikecam di hari pertama Maharaja Lawak Mega 2017

Pada: Rabu, 22 Februari 2017
Persembahan oleh pasukan Zero yang menyaksikan salah seorang daripada pelawak lelaki kumpulan itu tampil dengan memakai pakaian tradisi Iban.

Apa yang dipersoalkan oleh netizen bukalah isu sama ada boleh atau tidak mereka memakai pakaian tradisi itu untuk tujuan persembahan, sebaliknya pemakaian “Ngepan Indu” oleh pelawak lelaki itu sebenarnya tindakan yang tidak dapat diterima kerana “Ngepan Indu” adalah pakaian tradisi untuk kaum wanita saja, dan penampilan sedemikian rupa seolah-olah mempersendakan pakaian tradisional komuniti Iban itu.

Menurut Dr. Patricia Ganing, pensyarah dan pengkaji sosiobudaya masyarakat Iban di UPSI, kumpulan tersebut sepatutnya melakukan sedikit penyelidikan tentang pakaian tradisi komuniti Iban itu sebelum membuat persembahan. Pakaian Ngepan Indu sepatutnya dipakai oleh golongan wanita bukan lelaki walaupun pelakon tersebut melakonkan watak wanita.

“Kalau dari sudut kepercayaan Iban memang Ngepan Indu ini tidak boleh sesuka hati digunakan atau dipakai, sebabnya kalau zaman dahulu, ini merupakan pakaian untuk dewi Kumang dan dewi-dewi yang lain. Pemakaian Ngepan juga hanya untuk upacara ritual sahaja di zaman kala, bukan untuk suka-suka. Cumanya sekarang ini pakaian ini telah dikontemporarikan sebagai pakaian untuk menari”, kata Dr. Patricia.

“Malah kalau zaman dahulu, untuk menenun kain ini pun ada ritualnya. Corak yang dihasilkan pada kain pun, diturunkan oleh dewi kepada manusia melalui mimpi. Bukan sesuka hati sahaja untuk menghasilkan corak pada kain. Sehingga ke hari ini pun, komuniti Iban masih mengamalkan kepercayaan tradisional mereka dimana mereka perlu mengadakan upacara penyembahan atau miring. Masyarakat Iban percaya, kalau tiada persembahan atau piring si penenun akan jatuh sakit atau mendapat malapeteka yang lain” katanya.

“Objektif pemakaian baju tersebut pun tidak jelas pada persembahan mereka. Mahu kata persembahan tersebut menceritakan tentang Sarawak bukan pula, itu yang saya katakan sebagai objektif tidak jelas” tambahnya memetik borneodihati.org.

Tag : , , , , ,