Catriona Ross susut berat badan 17kg!

Pada: Isnin, 20 Februari 2017
Pelakon Catriona Ross dan ibu kepada 3 cahaya mata ini katanya kini memiliki badan yang ideal. Penurunan dari 75kg ke 58kg dalam masa terdekat membolehkan dirinya kini menjadi perhatian ramai terutama suaminya.

"Alhamdulilah kini saya berjaya menurunkan berat badan saya hampir dengan bentuk badan ideal dan saya gembira dengan tubuh saya sekarang.

"Namun saya perasan sejak saya kurus ni, sikap suami saya berbeza sangat apabila dia semakin ambil tahu mengenai gerak geri saya ke mana saya pergi, yang mana sebelum ini tidak pernah sekali pun begitu.

"Dia seolah-olah cemburu dan mula insecured apabila menghubungi saya dengan kerap apabila saya berada di luar dan ingin tahu dengan siapa saya berjumpa.

"Tapi tidak lah sampai dia tidak mempercayai saya dengan apa yang saya lakukan.

"padahal sebelum ini, masa saya gemuk dulu tiada pula dia kisah," katanya kepada Astro Gempak

Tag : , , , ,

1 Komen:

lintaskan 20 Februari 2017 11:18 PTG

okkeee

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..