"Pinang saya cepat-cepat" - Rita Rudaini

Pada: Rabu, 11 Januari 2017

Baru-baru ini Rita Rudaini ada memuatnaik video berdurasi 5 saat dengan ayat seperti ini, "Siapa nak pinang saya? Cepat-cepat, siapa cepat dia dapat,"

Video berkenaan menjadi viral di pelbagai media sosial dan ianya amat menyedihkan Rita sendiri.

"Video tu hanya untuk grup keluarga kak Sheila Mambo dan tak sangka pula boleh jadi macam ini. Tak sangka dikongsi dengan semua orang. Saya tak suka sebab orang nanti salah faham. Dengan status saya ini orang akan pandang rendah dan fikir yang bukan-bukan.

"Saya amat kesal jugalah sebab dikongsi untuk semua. Macam-macam persepsi orang akan buat terhadap saya. Kenapalah mereka buat begini pada saya," ujar Rita yang mengakui video itu hanya satu gurauan.

Tag : , , , ,